Skip to main content

Terusir dan Merantau ke Deli

Pepatah mengatakan, "harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Prof Dr Hamka tidak hanya meninggalkan nama besar sebagai pendakwah malah juga sebagai penulis karya kreatif. Sudah lama arwah meninggalkan kita. Namun karyanya masih terus dicetak dan dibaca. Namanya terus juga meniti bibir.


Terusir saya beli pada awal tahun ini tetapi setakat telek dan letak. Walhal bukan tebal sangatpun. Hanya sekitar 131 mukasurat sahaja. Tebal lagi Duka Tuan Bertakhta. Tebal lagi Sebongkah Batu di Kuala Berang. Tebal lagi Bad Apples. Tebal lagi rasa malas saya kerana kurang selesa dengan penjilidan novel itu. Rapat sangat ke tepi marginnya. Tidak selesa ketika membacanya. Inilah sebabnya mengapa saya kurang gemar membeli secara talian. Saya tidak dapat belek-belek sebelum beli. Terusir bukan novel baru. Ini entah cetakan kali ke berapa. Cuma berbeza penerbit sahaja. Kalau saya belek di kedai buku, pasti saya akan pilih yang lebih selesa untuk dibaca. Begitupun sudah selesai pembacaan novel ini. Buang saja sesal itu jauh-jauh dari lubuk hati.

Sedihnya apabila membaca novel ini adalah kerana kita masih belum berubah. Walaupun latar cerita ini menunjukkan perbezaan zaman yang ketara namun hakikatnya penyakit hati, penyakit sosial tetap sama. Tetap tidak berubah. Hasad dengki walaupun sesama keluarga, sukar menerima ketentuan takdir, terseret ke lembah pelacuran, kegemaran pada 'daging haram', fitnah dan jatuh menjatuhkan. Masih berlarutan. Sama dan serupa.

Terusir mengisahkan Mariah seorang perempuan kampung yang miskin tetapi bertemu jodoh dengan pemuda yang lebih tinggi kedudukkannya, bernama Azhar. Pada mulanya hasrat Azhar ditentang oleh bapa Mariah kerana bimbang perbezaan darjat membuatkan hidup Mariah melarat. Kemudiannya akur kerana janji oleh lidah tak bertulang.

Ironinya itulah yang berlaku kepada Mariah sehingga menukar namanya kepada Neng Sitti si pelacur. Sungguhpun Azhar menyesal. Membuang sanak saudara yang membuat onar dan mencari Mariah kembali tetapi takdir menemukan mereka dalam keadaan mengharukan. Sofyan anak mereka berdua bertindak sebagai peguam bela ke atas Mariah yang melakukan pembunuhan.  

Mariah telah membunuh orang yang berusaha untuk menjatuhkan anaknya. Tanpa pengetahuan Sofyan. Mahupun sesiapa juga. Sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya, Mariah meninggal dunia dalam pangkuan Sofyan. Azhar juga kemudiannya meninggal dunia dalam pangkuan Sofyan setelah menghurai rahsia yang bertahun-tahun menyeksa jiwa.

Cerita yang sama, barangkali berbeza latar tempat, latar masa dan watak menjadi lambakan di pasaran mahupun di kaca televisyen atau layar perak. Mengapa saya memilih untuk membacanya? Mengapa saya tetap membacanya? Ada sesuatu dalam karya Hamka yang tidak saya temukan dalam lambakan karya yang membawa tema serupa, iaitu perincian. Perincian perasaan Mariah sebagai seorang isteri yang teranaiya, seorang ibu yang menderita kehilangan anaknya, sebagai perempuan yang insaf dengan langkah silapnya amat jelas. Setiap perasaannya ini digambarkan dengan jelas.


Saya masih sangat menyukai Merantau ke Deli. Novel yang saya beli pada tahun 2001. Novel ini sebenarnya mula diterbitkan pada tahun 1941. Perincian jiwa Poniem di dalam Merantau ke Deli amat meruntun hati. Apatah lagi jika kita sendiri merasai penderitaan yang sama. Membaca berulang kali pun tidak terbit rasa jemu. Tidak juga lari temanya dari kemanusiaan dan kemasyarakatan. Masih mengangkat watak perempuan yang teranaiya. Adat yang dijunjung tinggi. Minang tentunya. Semua ini diperincikan dengan oleh Prof Dr Hamka. Sangat baik.

Kisahnya antara lain begini, Poniem berkahwin dengan Leman seorang pemuda berketurunan Minang lalu meninggalkan sisi gelapnya untuk menjadi sebaik isteri. Kepandaiannya berniaga menjadikan hidup mereka semakin baik. Ketika itu sanak saudara, lembaga puak Leman baru membuka mata. Jarum perpecahan pun dijalankan. Leman diacukan jodoh dengan Mariatun yang sama berlembaga supaya duduk sama rendah, berdiri sama tingginya.

Jatuhlah nasib Poniem. Sebagaimana lazimnya, barang baru lebih disayangi, yang buruk dicampak ke tepi. Tetapi bukankah doa orang yang teranaiya itu dikabul Tuhan. Nasibnya berubah baik juga dengan berkat usaha. Manakala nasib Leman pula berubah wajah. Malu dengan pertolongan yang ditawarkan suami Poniem yang merupakan bekas pekerjanya dan Poniem janda yang dihinakannya, Leman nekad penyudah hidupnya sebagai 'gajah pengangkut debu' di kampung.

Prof Dr Hamka mengajak kita berubah. Apakah kita sudah berubah? Peredaran masa antara zamannya dengan kita berjurang. Perjuangannya masih relevan. Betulkan?

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu bawa pakaian banyak ke

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang