Skip to main content

Buat Semua Perantara Ilmu

Selamat menyambut hari guru buat semua guru-guru dan juga ibu ayah sekalian. Jangan pelik. Bukankah sekolah pertama semua orang bermula dari rumah? Bukankah setiap ibu ayah itu pendidik? Jadi selain menyambut hari ibu, hari bapa, kita juga sepatutnya menyambut hari guru.

Terima kasih buat kedua orang tua yang menjadi guru buat saya hingga ke hari ini. Juga buat semua guru-guru yang pernah mendidik saya, terima kasih. Cikgu Zakaria Perngis, Cikgu Mohd Shariff, Cikgu Rosli, Cikgu Sobri, Cikgu Noraini MMNor, Cikgu Rozita, Cikgu Zainab, Cik Salmah Salleh, Dr Adnan Jamaluddin, Prof Madya Dr Diljit, Puan Kiran, Dr Zohra, Cikgu Nadiah Diana dan lain-lain. Tanpa cikgu-cikgu semua, saya tidak akan ada apa-apa.

Tak lupa juga, cikgu-cikgu yang sedang mendidik anak saya. Alhamdulillah walaupun pada mulanya saya sedikit kecewa kerana tak dapat memasukkannya ke pra sekolah Islamik tetapi hari ini mendengar anak membaca bacaan dalam solat dengan lancar, rasa terharu betul. Biasalah anak-anak, kalau dengan ibu bapanya yang mengajar banyak betul dolak dalih. Di sekolah, suasananya berbeza. Solat beramai-ramai setiap pagi sebelum memulakan persekolahan, buat dia gembira. Saya benar-benar bersyukur.

Juga buat semua handai taulan yang bergelar cikgu : Cikgu Juniza, Cikgu Asri, Cikgu Rafidah, Cikgu Roni, Cikgu Khairul Anuar, Cikgu Yasmah, Cikgu Sharmuna Hani, Cikgu Khairil, Cikgu Nor, Cikgu Mahani. Kalian memang hebat!

Buat semua yang menyumbangkan ilmu secara langsung dan tidak langsung, walau tidak bergelar guru. Selamat Hari Guru. Ilmu itu pelita hidup. Teruskan menyuluh hidup orang lain dan teruskan mencari cahaya buat penyuluh hidup di dunia dan akhirat. Semoga Allah SWT merahmati kita. Amin

Lagi tanda kasih daripada anakanda berdua.

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...