Skip to main content

Sebongkah Batu di Kuala Berang

Lagi cerita sejarah dalam bentuk naratif. Kalau Saudara Isa Kamari menggunakan penceritaan dalam bentuk epik, saudara Faisal Tehrani pula mengambil pendekatan lain. Sekumpulan pelajar tahun akhir bersama dengan instutusi pengajian mereka, memfilemkan doku drama tentang sejarah kedatangan Islam di Malaysia. Bermula di Trengganu, di Kuala Berang. Ini dia novel baru Saudara Faisal Tehrani, Sebongkah Batu di Kuala Berang.



Pengarangnya sangat teliti. Lihat sahaja senarai rujukannya untuk hasil karya setebal 180 muka surat. Awas juga kerana ada banyak sindiran tajam. Siapa makan cili terasalah bahangnya. Moga dapat dijadikan iktibar.

Garapan novel ini seperti impian. Impian menyaksikan lebih banyak karya seni berunsur Islam diketengahkan. Tidak seperti longgokan karya seni yang ada pada masa ini. (Perasan tak, banyak betul cerita-cerita seram sekarang ni... Bosan teramat!) Impian membolehkan karya seni Islam bersaing dengan karya seni Barat. Impian melihat pengiktirafan karya seni Islam di mata dunia. Bilakah impian ini akan menjadi kenyataan?

Comments

  1. Saya baru habis baca. Bagus buku ni, banyak info.

    Selamat berkenalan!

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan Siti Salha. Terima kasih singgah di sini. Saya menyenangi karya-karya Faisal Tehrani kerana ilmu. Banyak yang boleh saya peroleh daripadanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...