Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2021

Doa Anak Soleh Untuk Pak Ngah

Ada suatu petang, guru mengaji mengadu Adik buat perangai masa mengaji. Sebelum guru mengaji bercerita lebih lanjut, saya minta maaf banyak-banyak bagi pihak Adik. Ini bukan kali pertama Adik buat perangai semasa mengaji. Petang itu selepas balik dari kerja, saya panggil Adik. Saya tanya apa perangai yang Adik buat. Saya cakap saya tak mahu dengar daripada guru mengaji. Saya mahu Adik sendiri beritahu saya. (Memang betul. Saya beritahu guru mengaji saya akan tanya Adik sendiri).  Adik mengaku buat perangai. Guru mengaji tegur suruh betulkan bacaan yang sama berkali-kali sebab itu Adik meradang. Semasa bercerita air mata Adik sudah mentitik-nitik. Adik kalih muka tak mahu pandang saya. Saya tak mahu marah-marah walaupun saya rasa malu dan resah dengan kelakuan Adik.  Saya gosok belakang Adik. Sambil gosok saya beritahu Adik, memang tanggungjawab guru mengaji untuk betulkan kesalahan Adik. Saya terangkan apa yang berlaku jika Adik tersalah baca. (Ini nasihat ulangan sebenarnya)....

Ada Beza Antara Marah dan Zalim

Semua orang punya sisi baik dan buruk masing-masing. Nama pun kita ini manusia. Bukan maksum pun. Marah dan zalim, dua perkara yang berbeza. Kau berhak untuk rasa marah tapi kau pun mesti tahu cara hendak mengawal kemarahan kau tu.  Kalau begini cara menterjemahkan rasa marah, habis rosak binasa dunia ni. Wajarkan kalau orang lain mengutuk cara marah itu diterjemahkan. Niat takkan menghalalkan cara, Dik. Negara kita ada undang-undang.  Sekiranya benar ada maklumat yang dapat membantu, tak mungkin keluarga yang telah berhabis bergolak gadai mengupah peguam akan mendiamkan diri. Barisan peguam pun bukan calang-calang. Nama-nama hebat yang pernah menang kes-kes profil tinggi. Bukan murah kos guaman, Dik. Bukan seratus dua. Ini kes berprofil tinggi.  Pemergian arwah Zulfarhan Osman sudah cukup tragis untuk diterima. Tak perlu lagi tabur garam pada luka yang sedang berdarah.

Zulfarhan Osman bin Zulkarnain: Ini Neraca Keadilan Dunia

Hari yang dinantikan telah tiba. 2 November 2021. Setelah empat tahun pemergian Pegawai Kadet Laut UPNM Allahyarham Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Tidak hanya kedua ibu bapa Allahyarham. Seluruh ahli keluarga Allahyarham. Seluruh ahli keluarga tertuduh. Bahkan rakyat Malaysia yang masih terkesan dengan berita mengejut pemergian tragis Allahyarham ketika minggu pertama bulan Ramadan, 1 Jun 2017 (6 Ramadan 1442). Bertahun-tahun sentiasa mengikuti perjalanan kes kematian ini. Sebak menyerbu tatkala mendengar harapan Puan Hawa dan Encik Zulkarnain ketika ditemubual wartawan pada pagi sebelum keputusan kes perbicaraan bermula. Ini neraca keadilan dunia.  Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah telah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas kesemua tertuduh atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Allahyarham Zulfarhan Osman. Bagaimanapun kesemua tertuduh terlepas daripada hukuman gantung sampai mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Enam orang tertuduh dijatuh...