Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Kerah Buah Fikir & Tenaga

 Apa yang perlu kita katakan lagi?  Ini laporan 2019.  Laporan 2020.  Jangan balas keluhan atau luahan seseorang tentang beban kerja berlebihan yang ditanggungnya dengan berkata, "Syukurlah ada kerja, ramai orang dibuang kerja sekarang", "Mujur ada kerja", "Ada kerja pun merungut" Kawan, barangkali diam itu lebih baik jika tak mahu 'meminjamkan bahu' atau 'telinga'. Tambahan pula musim PKP, waktu kerja sudah tidak ada hadnya. Siang dan malam, arahan kerja masuk tak mengira masa atau hari lagi. Barangkali hal ini tidak terjadi padamu, kawan. Seharusnya, engkaulah yang bersyukur. Statistik tidak menipu. Ini fakta yang dilaporkan. 

Ragam si Kecil - Selamat Kembali ke Sekolah

Kena simpan juga pengalaman ini. Buat bahan untuk tersenyum suatu hari nanti. Dalam kalut, kerja; kerja; kerja dan kerja. Mohon juga cuti 8 Mac 2021 sebab memikirkan anak bongsu. Betul umurnya akan memasuki 9 tahun tapi haiii namapun anak bongsu kan. Pagi, Alhamdulillah. Bangun tak menangis. Senang sahaja. Suruh mandi, solat subuh, bersiap, makan sarapan. Semua tip top. Salah satu sebab ambil cuti takut pagi Adik meragam. Tak mahu bangun. Tak mahu sikat rambut. Tak mahu pakai stokin. Tak mahu pakai tali leher. Ambil cuti untuk persediaan karenah-karenah seperti ini. Lama sangat tak sekolah. Takut mood ke laut dalam. Mujur semua itu tak ada. Lega. Sangat. Boleh memasak dengan selesa tapi masih lagi periksa emel, whatsapp yang bertalu-talu dan terima panggilan dari pejabat. Adat. Memang kena jawab dan buat. Cuma tak perlu nak berkejar masuk apa-apa mesyuarat atau taklimat maya. All those compulsory . Kalau tidak memang terkejar-kejar. Bersambung-sambung.   Eh pukul 2:00 petang ...

Memagar Diri Bagai Aur

Peribahasa yang biasa kita dengar,  "Bagai aur dengan tebing" Saling bekerjasama. Bantu membantu. Saling bergantungan. Hubungan yang erat.  "Memagar diri bagai aur" Hanya memikirkan diri sendiri saja. Mementingkan diri sendiri. Baik, silakan tapi suka hendak diberitahu, hidup ini ibarat roda. Ada masa kita di atas. Lapang. Bahagia. Ada masa kita di bawah. Terhimpit. Tersepit. Rasa derita.  "Tepuk dada, tangan selera"   Kadang-kadang kan, kita cuma diminta untuk lebih bertoleransi sahaja. Bukan setiap masa. Cuma kadang kala untuk sesuatu keadaan tertentu sahaja. Kadang kadang untuk suatu jangka masa yang panjang pun. Hanya untuk seketika waktu. Kadang kadang bukan minta dari segi wang ringgit pun. Bukan juga dari tenaga atau buah fikir. Tapi itulah orang akan menilai kita daripada sikap dan tindakan kita. Lebih-lebih lagi jika kita memagar diri bagai aur.  Aur = buluh; bumbu  

Masih Kekal Suram

Kelmarin 2 Mac 2021,  Setahun cukup. Kepulan awan tetap memayungi.  Bezanya disulami gerimis petang.  Tak mampu menyamankan udara panas yang menghembus. Masih kekal suram.  Kiranya tertipu oleh bayangan pelangi selepas hujan. Sebetulnya belum ada jalan keluar yang terang. Masih lagi berdiri dalam goyah. Tuhan, Keyakinan padaMu tetap bersandarkan harapan. Percaya oleh doa yang teranaiya itu tiada hijabnya. Tuhan, Makbulkan permintaan daripada hamba yang kerdil, hina-dina. Mohon Kau, angkatlah beban.