Skip to main content

Ulasan Novel Orang-orang Perang

Judul: Orang-orang Perang

Pengarang: Ali Jusoh

Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia

ISBN: 978-967-430-394-5

Muka surat: 547

Harga: RM 40.00

No Resit: ITBM02001858


Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang anak Melayu beragama Islam iaitu Awang Tepoh, anak yatim piatu yang memperteguhkan jati diri untuk membantu saudara seagama di tempat asalnya, memajukan diri berlandaskan syiar Islam. Melalui watak utama Awang Tepoh atau Dampo, penulis menggunakan sudut pandangan pertama. Penceritaan secara kronologi dengan gaya bahasa yang mudah difahami.

Penceritaan bermula dengan ujian yang menimpa Awang Tepoh apabila ayahnya meninggal dunia. Awang Tepoh menyandarkan nasibnya kepada ayah angkat dan juga sahabat kepada arwah ayahnya, Pak Cik Ibrahim dengan merantau ke China. Latar tempat novel berubah dari Terengganu ke China. Perancangan awal Pak Cik Ibrahim adalah memastikan Awang Tepoh mempelajari bahasa Arab sebelum meneruskan pengajian di Makkah.

Awang Tepoh atau kemudiannya dikenali sebagai Dampo turut mempelajari bahasa tempatan iaitu Mandarin di bawah jagaan keluarga adik Pak Cik Ibrahim iaitu Pak Cik. Namun halangan mula timbul takkala Dinasti Ming mula memegang tampuk pemeritahan dan hendak memperkuatkannya dengan menawan anak-anak muda termasuk Dampo. Kekuatan diri dan keteguhan akidah Dampo teruji dengan pelbagai rintingan sewaktu menjadi tawanan Raja.

Terpilih sebagai penjaga kuda, Dampo turut dilatih menjadi tentera oleh Ang Long. Dampo yang bijaksana, menghidu segala tindakan dan strategi Ang Long. Dampo berpegang pada prinsip biar apapun terjadi, beliau mesti mempertahankan nyawanya untuk mengotakan amanat arwah ayahnya. 



Secara tersiratnya Dampo dilihat telah berjaya menunaikan amanat arwahnya untuk menangkat maruah orang Islam dengan menjadi orang kepercayaan Laksamana Zheng Di khususnya dan Raja Zhu Di secara amnya. Pandangannya diguna pakai. Acap kali diamanahkan dengan rahsia negara. Dampo dikatakan mirip pahlawan terkenal itu dari segi rupa paras serta susuk tubuh. Malah watak Dampo digarap penulis mempunyai martabat lebih tinggi daripada Laksamana Zheng Di apabila beliau mengimamkan solat subuh. Laksamana Zheng Di tidak boleh menjadi imam disebabkan telah dikasi. Jelas diperlihatkan kejayaan Dinasti Ming adalah hasil daripada kebijaksanaan orang Islam yang membantu dan setia bersamanya.

Misinya diteruskan bagi membuka mata orang-orang di tempat kelahirannya dengan diiringi keluarga dan dua sahabat yang setia. Awang Tepoh anak kelahiran Terengganu, mengangkat martabat orang Melayu beragama Islam. Tahniah kepada penulis dan warga kerja ITBM sehingga buku ini berjaya dipasarkan.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...