Skip to main content

Bukan Mudah Jadi Pemimpin

Raja, Presiden, Perdana Menteri, Menteri, Ketua itu, ketua ini. Ketua kampung pun ketua. Ketua unit, kecil pun ketua juga. Ketua kerani pun sama. Ketua. Ramai yang teringin. Kalau pandang seronok-seronok, memang. Memang menyeronokkan. Kuasa. Pengaruh. Darjat. Kekayaan. Kemewahan. Perhatian. Pandangan orang. Layanan orang.

Sedang disebalik semua itu ada tanggung jawab maha besar tergalas. Itu ramai yang tak sanggup pikul atau tak terpikul. Apa jadi? Jadi huru-hara. Tak sedar pula tu atau tahu tapi yang sedap-sedap, seronok-seronok itu, sayang hendak lepaskan. Ini yang dikatakan, kuasa hendak kerja tak jalan.

Hura hara ini pula, ada yang bukan disebabkan tak jalankan tanggung jawab. Ada yang ikhlas buat kerja dan memang betul-betul bekerja tapi tetap tak disenangi. Ada iri hati, dengki, dendam, ini pun jadi huru hara juga. Sampai peringkat bunuh membunuh. Itu yang terjadi pada para rasul dan nabi. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw pun diracun orang. Khulafa ar-rasyidin dibunuh orang. Bukan senang jadi pemimpin. Sudah ada contoh. Jadi jika anda seorang pemimpin, jadilah orang yang berjiwa besar seperti saranan Prof Hamka. Bukan takat isi poket yang besar, tebal.

I'm the boss. Bunyi yang memang sedap didengar.

Apabila Sultan Brunei mengumumkan untuk mengamalkan hudud di negara Brunei. Ramai yang panas punggung. Pung pang itu dan ini. Pelik juga, ramai benar yang takut. Seolah mereka hendak bermastautin di Brunei pula. Cuba google news, ramai yang kaitkan hukuman syariah ini dengan adinda baginda, Putera Jefri Bolkiah. Keluar macam-macam cerita termasuk tuduhan diperdaya menjadi hamba seks. Tak tahu pula kita, kesahihan cerita. Apa-apaun kita nantikan perlaksanaan hukuman hudud di Brunei. Moga usaha baginda dirahmati.



Sedih. Sangat menyayat hati dengan apa yang berlaku di Mesir. Presiden Mursi menerima nasib yang buruk ketika diri dalam kemuncak jawatan. Dalam melaksanakan tanggung jawab. Kita berdoa sama-sama keadilan dapat ditegakkan. Apabila timbul huru hara, tidak hanya pemimpin, yang dipimpin turut terkesan juga. Ingat sejarah Mustafa Kamal di Turki, kesannya sampai sekarang. Panjang dan menyakitkan.

Hebat cabaran jadi pemimpin ulung. Hebat juga ganjaran di sisi Allah nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...