Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Ulasan Novel Selendang Sukma

Tajuk : Selendang Sukma Penulis : Isa Kamari Penerbit : Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ISBN: 978-967-430-408-9 Harga: 35.00 No Resit: ITBM01000347 Muka surat : 378 Sekalung tahniah kepada penulis, Isa Kamari. Tahniah juga kepada penerbit, ITBM dan seluruh tenaga kerja sehingga novel ini sampai ke tangan pembaca. Ini bukan sekadar bacaan untuk pelepas lelah. Ada ilmu yang boleh dikutip bersamanya. Penulis menggunakan teknik imbas muka dan imbas kembali, menjadikan jalan ceritanya, begitu menarik. Bermula dengan pertemuannya yang memekarkan bibit cinta dengan gadis tempatan bernama, Dewi. Ilham hadir di Bali atas tawaran pembinaan hotel oleh Pak Lempad, yang kemudiannya disusuli syarat. Syarat yang meletakkan dirinya di dalam dilema antara untung dan rugi dalam perniagaan yang diusahakannya. Rentetan daripada itu, pembaca dibawa menyelusuri sisa gelap hidupnya yang berpaksikan duniawi. Pembaca diperkenalkan dengan watak antagonis novel ini, Jennif...

Ulasan Novel Orang-orang Perang

Judul: Orang-orang Perang Pengarang: Ali Jusoh Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia ISBN: 978-967-430-394-5 Muka surat: 547 Harga: RM 40.00 No Resit: ITBM02001858 Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang anak Melayu beragama Islam iaitu Awang Tepoh, anak yatim piatu yang memperteguhkan jati diri untuk membantu saudara seagama di tempat asalnya, memajukan diri berlandaskan syiar Islam. Melalui watak utama Awang Tepoh atau Dampo, penulis menggunakan sudut pandangan pertama. Penceritaan secara kronologi dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Penceritaan bermula dengan ujian yang menimpa Awang Tepoh apabila ayahnya meninggal dunia. Awang Tepoh menyandarkan nasibnya kepada ayah angkat dan juga sahabat kepada arwah ayahnya, Pak Cik Ibrahim dengan merantau ke China. Latar tempat novel berubah dari Terengganu ke China. Perancangan awal Pak Cik Ibrahim adalah memastikan Awang Tepoh mempelajari bahasa Arab sebelum meneruskan pengajian di Makkah. ...

Bukan Mudah Jadi Pemimpin

Raja, Presiden, Perdana Menteri, Menteri, Ketua itu, ketua ini. Ketua kampung pun ketua. Ketua unit, kecil pun ketua juga. Ketua kerani pun sama. Ketua. Ramai yang teringin. Kalau pandang seronok-seronok, memang. Memang menyeronokkan. Kuasa. Pengaruh. Darjat. Kekayaan. Kemewahan. Perhatian. Pandangan orang. Layanan orang. Sedang disebalik semua itu ada tanggung jawab maha besar tergalas. Itu ramai yang tak sanggup pikul atau tak terpikul. Apa jadi? Jadi huru-hara. Tak sedar pula tu atau tahu tapi yang sedap-sedap, seronok-seronok itu, sayang hendak lepaskan. Ini yang dikatakan, kuasa hendak kerja tak jalan. Hura hara ini pula, ada yang bukan disebabkan tak jalankan tanggung jawab. Ada yang ikhlas buat kerja dan memang betul-betul bekerja tapi tetap tak disenangi. Ada iri hati, dengki, dendam, ini pun jadi huru hara juga. Sampai peringkat bunuh membunuh. Itu yang terjadi pada para rasul dan nabi. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw pun diracun orang. Khulafa ar-rasyidin d...