Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Malaysia vs Laos

Beberapa jam sahaja lagi, hidup mati pasukan bola sepak negara dalam perebutan Piala Suzuki AFF 2012 akan diketahui nasibnya. Jika corak permainan sama seperti ketika menentang Singapura, maka besar kemungkinan perjuangan akan mati di peringkat kumpulan sahaja. Harapnya ini tidak akan berlaku. Bukan calang-calang lawan pasukan Harimau Malaya hari ini. Besar harapan agar kejayaan yang sama dapat dicipta lagi. Semua orang buat silap. Jangan ulangi kesilapan yang sama. Ini ingatan pada diri sendiri juga. Sabda Rasulullah SAW: "Seorang mukmin tidak dipatuk (ular) dari lubang yang sama dua kali" Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Kecil Kecil Si Cili Padi

Home sweet home . Setelah habiskan 44 hari tempoh berpantang, akhirnya kembali ke rumah. Saya tidak mengharap banyak kerana tahu pokok-pokok ramuan hanya bergantung pada rahmat hujan yang turun. Tidak ada sesiapa yang akan menyiram sepanjang ketiadaan saya di rumah. Sememangnya hujan membawa rahmat kerana alhamdulillah semuanya kelihatan segar dan subur. Cuma pokok kunyit nampak lemah. Itu angkara haiwan perosak yang saya tak jumpa lagi jalan mengatasi mereka. Entah ini pokok cili yang ke berapa pernah saya tanam. Namun inilah pokok cili pertama yang saya tanam berjaya berbuah. Itu yang beraksi cantik dalam blog ini hahaha. Syukur Ya Allah. Ada sebab kenapa saya tidak putus harap menanam cili padi atau cabai burung ini. Saya memang suka makan makanan pedas-pedas tetapi sejak gastrik teruk semasa mengandung, saya kurang mengambil makanan yang pedas-pedas. Ada masa teringin juga. Beli di kedai, takkan sepuluh biji. Kena beli lebih. Beli lebih itu yang membazir. Ke...

Mencuci Sawang

Lama bersawang blog ini. Bukan kering idea menulis tetapi penyakit 'M' hinggap dan mencipta alasan ketiadaan masa. Hmmm Genjatan senjata. Benarkah? Lama mana bertahan? Setelah beratus jiwa terkorban tanpa mengira bayi mahupun warga tua. Bahkan tanpa hati dan perasaan, masih berani memberi ancaman. Ya, kerana memikir mereka hebat dan kuat. Sedang mereka sebenarnya hambaNya juga. Sedang diuji dengan kesenangan. Ya Allah, aku bermohon hapuskanlah penderitaan saudara-saudaraku di Palestin. Doa mereka, orang-orang teranaiya pasti dikabulNya. Allah berfirman, tidak ada ujian melainkan yang mampu dilalui hambaNya. Tabah benar mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebentar tadi, dalam rancangan Dr Fadzilah Selami Jiwa, saudara Hairuman muncul. Anak muda malang yang berusaha mencari rezeki tetapi ditimpa musibah hebat. Mangsa renjatan elektrik. Masih ingatkah anda?Lelaki tabah itu muncul dengan kaki dan tangan palsu. Subhanallah. Benar-benar kuat jiwa ana...

Ulangtahun ke 55

Semalam adalah hari ulangtahun kelahiran wanita yang paling bermakna dalam hidup saya iaitu Emak. Alhamdulillah. Mohon Yang Kuasa merahmati hidup emak, panjangkan usia, murahkan rezeki emak. Amin. Memang tidak pernah membayangkan dan tidak dapat dibayangkan hidup tanpa emak. Emak segalanya dalam hidup. Malah sahabat akrab saya. Emak pernah menyatakan hasrat ingin ke tempat ini suatu masa dahulu dan saya masih ingat hasrat itu tidak kesampaian. Walaupun tidak pernah emak mengutarakan lagi hasratnya itu, saya rasa ingin merealisasikannya Jadi makan tengah hari kami sekeluarga semalam, di sini: Restoran Pakeeza. Ops, ini bukan orang tua saya tetapi tidak kurang pentingnya dalam hidup ini dan juga jadi tetamu majlis emak dan kejutan untuk emak. Restoran Pakeeza menyajikan masakan ala India. Pilihan kami tengah hari itu adalah nasi briyani, kari kepala ikan, ayam masala, daging, sayur campur dan suami yang kurang suka masakan India, memilih udang masam manis. Al...

Orang Baru

Alhamdulillah. Sebetulnya malam ini adalah malam terakhir saya berpantang 44 hari selepas melahirkan. Alhamdulillah, saya selamat melahirkan putera kami pada 20 September. Awal daripada jangkaan. Pengalaman mengandung dan melahirkan setiap anak itu berbeza. Ada benarnya kata sesetengah orang, semua kesakitan itu bagaikan hilang tatkala menatap wajah mungil si manja. Subhanallah, besarnya rahmat Allah. Indahnya kejadian Allah. Syukur, Alhamdulillah.  Tapak kaki sebesar 2 jari. Pernah dengar? Sekarang sudah lebih daripada itu. Alhamdulillah sedang membesar sebagai johan dengan izin Allah. Mohon sentiasa dalam rahmat dan lindungan Yang Maha Esa sentiasa. Amin.