Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Salam Aidilfitri

Terasa sekejap benar masa berlalu. Ramadan sudah sampai ke penghujungnya. Jalan raya sedang sesak padat ketika ini. Harapnya kita semua pengguna jalan raya akan sampai ke destinasi tujuan dengan selamat. Masih ada geruh di hati setiap kali menaiki kenderaan. Trauma akibat kemalangan itu masih bersisa. Namun hidup harus diteruskan. Kali ini giliran kami sekeluarga beraya di Utara. Jika sebelum ini masih sempat juga meluangkan masa ke Pantai Timur tetapi besar kemungkinan tahun ini, kami tidak dapat meraikan syawal di Pantai Timur. Keadaan kesihatan dan juga cuti jadi benteng membataskan. Bercakap tentang kesihatan, Alhamdulillah kedudukan bayi dalam kandungan saya, kembali normal. Dua orang doktor pakar mengesahkannya. Perancangan Allah SWT memang lebih mengesankan. Ini hadiah besar buat kami sekeluarga untuk meraikan syawal. Ketika ramadan masuk ke penghujungnya, bumi Iran dilanda gempa bumi dengan korban jiwa yang ramai. Juga bumi Xinjiang yang ditindas kerajaan Chi...

Bunga Kunyit

Lama tak bercerita tentang kebun mini yang ada di belakang rumah. Salah satu dari pokok ramuan yang ditanam ayah telah mati. Pokok kunyit. Susah juga tiada pokok kunyit sebab masakan yang dimasak dengan menggunakan kunyit hidup nampak lebih segar berbanding menggunakan serbuk kunyit. Lain warna kuningnya. Februari lepas ketika balik kampung di Pantai Timur, saya minta sedikit benih pokok kunyit daripada Pok Lah. Banyak juga yang Pok Lah bagi. Saya bahagi dua. Sepasu di belakang rumah dan sepasu di hadapan rumah. Pokok-pokok ramuan di belakang rumah ini selalu sangat diserang bena dan belalang. Jadi saya cuba tanam sepasu di hadapan rumah. Alhamdulillah, pokok kunyit itu hidup. Cuma lambat sangat. Saya fikir sepasu di hadapan rumah itu mati terus. Rupanya lambat benar hendak bertunas. Inilah yang dikatakan orang-orang tua, berbudi kepada tanah. Hasilnya jadi milik kita juga. Alhamdulillah pokok kunyit di belakang rumah bukan sahaja tumbuh dengan elok, malahan berbunga ...

Agar-agar Bandung Jagung

Menu berbuka akan bertukar menjadi sangat ringkas kalau suami tidak berbuka bersama-sama kami anak beranak di rumah. Saya hanya akan masak satu atau dua jenis lauk yang paling senang. Lagi ringkas, saya masak nasi goreng campur ayam, udang, sotong dan sayur-sayur, kemudian buat satu jenis kuih. Kuih pun yang mudah sahaja contohnya, puding atau agar-agar.  Sebolehnya saya akan pastikan ada makanan yang disukai Kak Long dalam menu berbuka yang ringkas itu. Kasihan Kak Long puasa. Alhamdulillah, baru empat hari Kak Long tidak berpuasa. Seperti biasa rengeknya bukan kerana lapar tetapi dahaga. Paling menguji kesabarannya kerana Abang Ngah suka sangat menayang minum susu di depannya. Aduhai Abang Ngah! Sudah ditegah berkali-kalipun, masih juga begitu. Barangkali ada kekeliruan padanya, setiap kali dilarang minum dan makan di hadapan kakaknya. Masa berbuka pula, Abang Ngah yang sibuk mengalahkan Kak Long yang berpuasa. Tak apalah Abang Ngah, tahun depan giliran Abang Ngah bela...

Kedudukan Bayi Melintang

Hendak kata apa lagi? Tidak bersedia. Memang. Hati kecil berbisik, sempat lagi tentu sempat. Sempat lagi. Ada lagi masa. Yakah? Benarkah masa berpihak kepada kami? Inilah yang sedang diperkatakan. Dr Su mengimbas kedudukan bayi saya pada usianya 33 minggu, melintang atau transverse . Kepala bayi ada di sebelah kanan. Bahagian bawah uterus, kosong. Sedangkan pada usianya 32 minggu sebelum kemalangan berlaku, kedudukan bayi saya adalah normal atau cephalic .  Transverse ini asing benar di pendengaran. Kalau plasenta previa saya sudah biasa, dari mengandung sulung hingga sekarang. Istilah itu pasti saya dengar dan Alhamdulillah, bayi kemudiannya beralih ke kedudukan normal. Tebak Dr Su, ini kesan kemalangan tempoh hari. Bayi saya beralih kedudukan. Hanya doa dan harapan semoga kedudukan akan bertukar kepada normal sebelum usianya 36 minggu. "Bolehkan baby?! Nothing to worry, sayang. Alhamdulillah kita semua selamat." Saya menunggu tarikh temujanji dengan Dr Roslan ...

Berada di Ambang Maut

Alhamdulillah, kami sekeluarga terselamat. Saya, suami, ayah dan anak-anak termasuk anak yang saya kandung ketika itu berusia 32 minggu, selamat. Kejadian pada hari Sabtu, Ramadan yang ke 9, 28 Julai 2012 sekitar jam 4:30 petang, di Lebuhraya Utara Selatan. Ini gambar yang dirakamkan adik sejurus selepas kemalangan. Ada banyak gambar tetapi cukuplah sekeping ini buat ingatan abadi di sini. Kronologi: #1 Kami ke UNISEL Bestari Jaya . Adik bongsu melanjutkan pelajaran di sana. Ayah, emak dan dua lagi adik dari Utara. Tidak ada rancangan daripada mereka untuk bermalam di rumah kami kerana ayah tidak mahu melepaskan peluang solat terawih serta tadarus di kampung. Saya sediakan dadih strawberi buat bekal iftar mereka. Sesudah kami solat di Masjid Umar Abdul Aziz UNISEL , keluarga berubah fikiran. Pada mulanya, adik lelaki yang kelainan upaya (OKU) duduk di belakang bersama-sama dengan anak-anak. Tiba di asrama adik bongsu, saya minta adik lelaki bertukar kereta. Bukan apa, p...