Mengandung kali ini banyak yang berbeza berbanding sebelumnya. Saya boleh makan walaupun bukan seperti biasa tetapi tidaklah bergantung pada bubur nasi semata-mata sebagaimana sewaktu mengandungkan Kak Long. Tambahan pula sekarang gastrik menyerang jadi banyak kena berpantang. Melainkan teringin sangat-sangat, saya langgar juga pantang. Lepas itu sakit, tanggunglah siapa suruh degil! Tak ada mengidam yang pelik-pelik. Cuma teringin sahaja. Keinginan itu masih boleh bertangguh. Tak pernah lagi tengah-tengah malam bangun sebab teringin hendak makan itu dan ini. Alhamdulillah saya dapat apa yang saya inginkan. Hendak tahu apa? Inilah dia, sos kacang Aminah Hassan . Saya pesan pada kawan-kawan kalau jumpa tolong saya belikan. Alhamdulillah, Anuar jumpa. Ada 2 botol sahaja yang tinggal. Sebotol untuk keluarganya dan sebotol lagi untuk memenuhi keinginan saya. Terima kasih. Saya buat cucur nasi ikan bilis kemudian cicah dengan sos kacang ini. Hmm sedap! Saya pun tak begit...