Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Ibarat Si Kembang Pagi

Nasibmu si kembang pagi  Mekar hanya sementara sahaja Jangan takut rasa bangga Walau kau hanya di pagar istana Duhai bunga si kembang pagi Janganlah engkau rasa pilu di hati Memang taraf hidup  Hanya manusia Yang membezakannya Benda atau nyawa Diberi nama Jua harga Lalu diberinya tempat  Jua darjat Ingat-ingat lupa akan senikata lagu nasib si kembang pagi nyanyian Francissca Peter. Bunga kembang pagi hanya ibarat. Satu lambang. Perumpamaan nasib bagi sesetengah orang. Bunga kembang pagi. Warnanya tidak seceria mawar atau anggerik atau daisy. Kembangnya pula hanya seketika. Namun ia tetap mekar pabila tiba waktunya. Hidupnya liar di pagar cuma. Sebelum dibuang kerana sakit mata memandang. Pagi ini saya mendengar rintihan seseorang. Kekecewaan. Rasa teranaiya. Ketidakadilan. Seperti bunga kembang pagi? Barangkali. Dek kerana kita manusia, maka kita merasa. Manusia biasa yang punya hati dan perasaan, maka timbul persoalan. Persoalan yang bukan lagi rahsia sesetengahnya....

Coklat Untuk Ulangtahun Hana Asyalina

Terharu. Sudah menempah coklat. Kemudian buat promosi pula tentang coklat itu. Apa lagi seindah kata yang paling layak untuknya? Buat Mazlina Awang Kechik, terima kasih. Ini dia, tuan punya ulang tahun, Hana Asyalina. Selamat ulang tahun ke empat, Asya. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Asya sedang makan coklat yang ditempah oleh mamanya.  Choc lollies pilihan Mazlina.  Choc Spoons pilihan saya untuk Asya. Hadiah kecil saya untuk sambutan ulangtahunnya hari ini. Gabungan M&M yang cair di mulut. Itu dia coklat antara yang ada di dalam bungkusan untuk edaran kepada kawan-kawan Asya di sekolah. Asya sedang menggedarkan bungkusan untuk kawan-kawan. Malu-malu anak dara seorang ini. Berminat? Tempahan sedang dibuka.

Sayang Disayang

Malam minggu yang lalu ketika sibuk 'bertarung' menyediakan hidangan makan malam, anak lelaki kecil meluru dengan juraian air mata kelihatan sangat hiba terus menghulurkan tangan meminta untuk didukung. Kemudian suami ikut sama ke dapur dan ketawa-ketawa. Seterusnya anak yang sulung datang juga. Tidak ketawa. Sebaliknya terus menerangkan sebab adiknya menangis. "Adik tengok owl jatuh. Adik kata, Mama owl sudah meninggal. Kasihan anak dia." Adik terus-terusan menangis. "Mama owl pergi kursus. Mama owl bukan meninggal dunia." "Adik, Mama owl bukan meninggal pun." "Adik jangan menangis." Pujukan demi pujukan untuk menghentikan tangisannya. Dakapannya terasa erat sekali. Sekalipun klip video lagu ini belum ditonton. Tertanya-tanya juga. Sepatutnya klip video ini buat kanak-kanak rasa riang ria, bukan berduka cita. Beberapa hari kemudian, barulah ada kesempatan 'menyiasat' punca tangisan itu. Rupa-rupanya...

Luka Sudah Sembuh, Parut Masih Ada

Pernah dengar kata-kata, telah memaafkan tetapi sukar untuk melupakan. Ini ada satu kisah tentang maaf daripada majalah Reader's Digest. Sila klik pada imej untuk membacanya. Ingat kisah keberanian Singa Allah dan Singa RasulNya? Ingat kisah bagaimana penghulu para syuhada ini, terkorban di medan pertempuran? As syahid Saidina Hamzah Abdul Mutalib r.a yang disebut sebagai Singa Allah dan Singa RasulNya adalah bapa saudara Nabi Muhammad saw. Beliau syahid dalam perang Uhud. Perang yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Beliau dibunuh oleh Wahshi bin Harb, hamba kepada Jubair Mu'tim yang menjanjikan kemerdekaan buatnya sekiranya dapat menumpaskan Saidina Hamzah. Setelah dibunuh, jenazah As syahid Saidina Hamzah diperlakukan dengan kejam. Ada kalangan orang-orang Quraisy Mekah yang datang pada perang Uhud ketika itu, dikatakan sebagai Hindun Utbah telah melapah dadanya. Hatinya telah dikeluarkan untuk dimakan. Tetapi tidak tertelan...

Iklan Buku

Petang semalam tiba-tiba rasa mengantuk yang teramat. Pendingin hawa yang sememangnya sedia sejuk membuai lagi rasa itu. Kebetulan pula hujan di luar. Sejuk memang sedap untuk tidur. Cuba bersenda dengan Zalipah, mengutarakan soalan, mampukah Milo mengusir rasa kantuk yang tak tertahan ini. Sudah tentu menolak kopi walaupun itu agen yang baik. Kurang gemar mencicip kopi. Katanya, mengulang kerja sama tentu saja menerbitkan kantuk selain bosan. Perlu kerjakan sesuatu yang berbeza. Hentikan apa yang sedang dikerjakan, cari yang lain. Gelak tawa tidak juga mampu mengusir kantuk. Ketika itu juga tiba-tiba penawarnya datang. Tahu apa dia? Yang ditunggu-tunggu telah tiba! Terus segar bugar rasanya. Bau buku baru! Sebetulnya mencari buku ini. Dalam katalog atas taliannya, buku ini boleh dipesan menerusi pembekal. Cuma mengambil proses masa yang agak lama, untuk mendapatkannya. Tidak menjadi satu bebanan. Masih boleh menunggu. Namun kemudiannya, dimaklumkan buku ini ti...

Memerisai Diri Daripada Serangan Amarah

Petanda kemarahan orang terhadap kita menunjukkan ada kemungkinan, kita telah melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh si pemarah. Tidak ada orang yang suka dimarahi. Membangkitkan kemarahan orang tidak disukai oleh sesiapa. Allah SWT juga tidak menyukainya. Namun ada ketikanya, ini tidak dapat dielakkan untuk terjadi. Ada ketika terjadi tanpa disengajakan. Berlaku perselisihan pendapat atau idea juga boleh membangkitkan kemarahan. Sekali lagi dengan mengambil maklumat daripada majalah solusi, sama-sama kita bina perisai menghadapi serangan kemarahan. Tuan Ahmad Fadzli menyenaraikan beberapa langkah untuk kita memerisai diri. Antaranya: 1.Marah itu API , jangan dicurahkan minyak tanah ke atasnya. Menerima kemarahannya terhadap kita menandakan kita telah menang. Sebagai orang yang telah menang, kita seharusnya diam dan tenang. 2. Orang yang marah ini, ada diantaranya mempunyai kebimbangan sekiranya suaranya tidak "didengari". Jadi biarkan dia meluahkan kemarahannya i...

Memupuk Keindahan

Sabar. Sabarlah. Banyakkan bersabar. Besar makna sabar itu. Sangat besar. Sekiranya tidak, tidak Allah sebutkan tentang sabar lebih daripada 90 tempat di dalam Al-Quran. Apa itu sabar? Sabar dari segi bahasa ertinya menahan atau mengekang. Sabar dari segi praktik pula bermaksud, menahan atau mengekang diri daripada rasa keluh kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai. Sabar adalah tuntutan syari'atullah (hukum yang ditetapkan oleh Allah untuk dipatuhi manusia). Ia adalah satu sunnatullah (hukum yang ditetapkan Allah untuk mengatur seluruh alam dan kehidupan). Sesiapa yang tidak sabar telah melanggar hukum syari'atullah dan sunnatullah. Sabar adalah syarat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Sabar tidak hanya dalam menghadapi musibah. Sebaliknya sabar juga diperlukan dalam menunaikan perintah Allah dan sabar dalam meninggalkan larangan Allah. Sesungguhnya sabar itu indah. Mari kita pupuk keindahan itu di dalam jiwa dan diri. Firm...