Skip to main content

Butter Cake - Tanda Terima Kasih

Semalam saya bawa kek ke tempat kerja. Saya bangun seawal jam 3:00 pagi untuk menyediakan 2 biji kek. Aisey sudah rajin. Kalau buat awal, siaplah dengan anak-anak.

Sebenarnya ada permintaan daripada seorang staf. Sebagai balasan kepada beliau kerana sanggup tukar tarikh kursus dengan saya. Boleh? Minta sampai 3 tingkat. Amboi. Kalah pengantin. Sabar, sabar, sabar. Kau tak buat kerja kau, siaplah. Alahai ada berapa hari aje pun kan.

Satu : Permintaan. Ke 2 : Saya akan ditukarkan. Bye bye.

Sebenarnya tanpa permintaannya pun, saya akan tetap buat sesuatu. Memandangkan saya akan bertukar tempat, sangat wajar untuk merealisasikan permintaannya. Untuk seorang lagi, yang tidak membuat permintaan, tetap juga saya sediakan sebiji kek untuk beliau. Tanda terima kasih saya atas kerja keras mereka selama ini. Selepas ini mereka akan mendapat bos yang baru. Sob sob. Pindah sebelah bilik aje pun. Berbeza tugas, tanggungjawab dan hubungan kerja. Wish me luck!


Comot, comot, comot. Coklatnya belum kering. Macam inilah kerja tergesa-gesa. Sekejap sekejap tengok jam. Ini kek terakhir yang siap pada pukul 6:30 pagi. Fresh from oven. Saya guna resipi Butter Cake daripada ibu saudara tersayang. Entah apalah rasanya. Bagi saya yang penting, hasrat saya tertunai.

Comments

  1. wahh bt kek kt a.nuar eh. nk kna tuntut gak ni. choc cake pn jadila.. koman2 kek butter span tu pn jadila.. hehe..

    ReplyDelete
  2. boleh je... kena mai kl la... kita pergi dating ramai-ramai

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Pertarungan Atlet Muay Thai Malaysia di ONE Championship & RWS

Lima orang atlet Malaysia akan bertarung pada hujung minggu ini di Thailand. Semoga bendera Malaysia, bakal berkibar megah. Selamat maju jaya Johan Jojo Ghazali, Wan Muhammad Sabri Wan Zuki, Adam Rakib, Elias Ghazali dan Mikhail Miki Ghazali. Jojo, Adam dan Sabri akan bertarung pada 6 Februari 2026 di Stadium Lumpinee, Bangkok. Alif Rakib akan masuk gelanggang menentang Prajanchai bagi merebut tali pinggang kejuaraan. Semua mengharapkan ayam tambatan Malaysia mampu mengulang sejarah, menang bergaya. Semoga semua atlet negara yang bertanding akan mengulangi kejayaan sebagaimana yang dicipta oleh Rifdean Masdor pada 16 Januari 2026 yang lalu. Kita juga harapkan lebih ramai wakil negara akan memenangi kontrak beradu di ONE Championship. Suka dengan semangat atlet Muay Thai kita.  Kalau sebelumnya negara terkenal dengan adik beradik Sidek dalam Badminton. Kita ada adik beradik Yoong Hanifah dalam Luncur Air. Ada trio adik beradik Wan dalam Permotoran. Negara bangga dengan pencapai...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...