Skip to main content

Akhir Zaman

Dunia dalam ambang akhir zaman. Ini berita semalam, tentang pembakaran kitab suci Al-Quran. Masih ingat dengan lelaki ini, Wayne Sapp? Lelaki sama yang berhasrat menganjurkan international burn a koran day 9/11/2010 6pm - 9pm. Semalam dia telah melaksanakannya.

Ini pula kes yang berbeza. Tidak ada liputan yang begitu meluas mengenainya. Lebih kepada, siapa tahu - tahulah. Siapa yang tidak tahu - tak tahulah. 



Bencana alam sana-sini. Indonesia, Sri Lanka, China, New Zealand dan terbaru Jepun. Jepun pula dilanda bencana alam yang teruk. Loji nuklear meletup, memburukkan lagi keadaan. Kasihan. Sangat kasihan melihat ramai yang terbunuh dalam bencana itu. Ramai kehilangan orang tersayang dan harta benda. Memang sebak mendengar duta Jepun di Malaysia, Masahiko Horie berucap dalam Bahasa Melayu merakam ucapan penghargaan kepada rakyat dan kerajaan Malaysia atas bantuan yang dihulurkan. Sungguh-sungguh ucapan itu disampaikan dalam bahasa rasmi kita.

Harus diingat, memang ramai jumlah pelajar dan rakyat kita di sana termasuklah yang dikenali di alam maya iaitu Kak Hani dan Ina. Sebaik sahaja tahu mengenai berita sedih ini, terus teringatkan mereka berdua. Alhamdulillah mereka dan keluarga selamat. Saya cuma silent reader blog kedua mereka. (Eerr tapi pernah hubungi Ina sebab buat kek keju tak menjadi... hahaha... Terima kasih banyak. Ina jawab e mail saya tanpa berlengah. Malangnya saya cuma buat 2 percubaan. Percubaan ke 2 hampir menjadi tetapi itulah saja penamatnya). Oleh sebab itu, ramai yang marah dengan kartun nukilan kartunis Zoy yang dipaparkan dalam surat khabar nasional kita, Berita Harian dan kenyataan pelakon, Fizz Fairuz tentang bencana alam ini dengan kartun-kartun Jepun. Ini bukan perkara yang boleh dibuat lawak jenaka. Ini soal hidup dan mati. Ini soal bencana yang akan diturunkanNya tidak mengira tempat.

Negara-negara Arab pula seperti Mesir, Bahrain, Libya, Tunisia sedang dalam kancah perang menentang kuasa pemerintah yang zalim. Pemerintah-pemerintah ini pula sangat ego. Tidak mahu tunduk dengan kehendak rakyat yang telah muak dengan corak pemerintahan kuku besi mereka. Sudah selesa di kerusi empuk. Sudah sedap makan hasil bumi dan titik peluh rakyat. Tidak tertahan hati menatap gambar pejuang-pejuang, rakyat termasuk kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa, dibunuh. Semoga Allah SWT merahmati semua as-syahid yang bangun memeperjuangkan hak.

Seperti biasa ada yang menaguk di air keruh, kini berlumba-lumba masuk ke dalam tanah bonda mahu mengaut keuntungan atas darah, air mata dan penderitaan orang lain. Rakyat menjadi mangsa total. Konon hendak memperjuangkan hak rakyat. Cis! Manis mulut. Macamlah orang tidak boleh menebak apa yang ada dalam hati dan fikiran jahat mereka. Mereka pun sama jahat dengan pemerintah-pemerintah yang tidak mahu turun itu. Hanya pada Yang Esa dipohonkan semoga keadilan dapat ditegakkan dan saudara seIslam tanpa mengira apapun mazhabnya, dapat pembelaan sewajarnya. Rasa kerdil melihat saudara seagama diperlakukan sedemikian rupa. Doa dan terus berdoa. Dalam hati menyatakan, dunia sudah tua, akhir zaman sudah tiba.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...