Malaysia masih lagi dalam mood ceria meraikan kemenangan Piala AFF Suzuki. Kita raikan bersama-sama. Tak kiralah di Semenanjung Malaysia atau di Sabah dan Sarawak. Walau kita berada di mana sekalipun kita raikannya sebagai kemenangan negara. Tup tup timbul pula isu tak puas hati dengan nama Harimau Malaya. Aduh! Takkanlah nak politikkan semua perkara. Bukankah nama Harimau Malaya, maskot Harimau Malaya telah digunakan sekian lama? Bukannya baru-baru ini. Lagipun mana ada spesis Harimau Malaysia, yang ada adalah Harimau Malaya. Kalau tak mahu guna nama Harimau Malaya kenalah guna nama gantinya iaitu Harimau Belang atau Pak Belang!
Biarlah kekal dengan gelaran Harimau Malaya. Simbolik dari zaman berzaman. Status pemuliharaan Harimau Malaya yang cuma terdapat di Semenanjung Malaysia ini : Terancam. Samalah dengan prestasi pasukan bola sepak kebangsaan suatu ketika : Terancam. Simbolikkan. Malah Tengku Abdullah pun sudah ingatkan, tak perlu terlalu gembira dengan kejayaan ini. Memang sepatutnya imej bola sepak kebangsaan dipulihkan. Jadi apa perlunya menukar nama?
Simbol Keberanian Pasukan Bola Sepak Negara |
Comments
Post a Comment