Skip to main content

Menanti Keajaiban Tiba


Dalam cerita dongeng Cinderella, Cinderella sering didera ibu tiri dan dibuli dua kakak tiri selepas kematian ayahnya. Cinderella kena buat semua kerja-kerja dan melayani keluarga tirinya. Kasihan! Ada satu majlis tari menari yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan termasuklah keluarga tirinya. Cinderella pun teringin untuk pergi. Keajaiban pun datang. Cinderella hadir ke majlis tari menari dengan pertolongan pari-pari. Ada syaratnya. Cinderella mesti pulang semula sebelum tengah malam, jika tidak segalanya akan bertukar kembali pada keadaan asal. Bulan pun jatuh ke ribanya, putera mahkota memilih untuk menari bersamanya. Mengejar detik 12 tengah malam, sebelah kasutnya tercicir dan dikutip oleh putera mahkota. Dek kerana panahan cinta, putera mahkota mencari pemilik sepatu dan keluarkan Cinderella dari azab sengsara.

Kredit foto: http://disney.wikia.com/wiki/Snow_White_(character)

Itu cerita Cinderella, Snow White pula mempunyai ibu tiri yang merupakan seorang ahli sihir. Ibu tirinya mempunyai cermin ajaib yang boleh memberitahu tentang wanita yang tercantik ketika itu. Ibu tirinya sentiasa perasan cantik dan mahu menjadi orang yang paling cantik, telah mencemburi kecantikan Snow White yang sedang membesar. Snow White diarah bunuh. Kasihan!

Namun Snow White telah diselamatkan oleh 7 orang kerdil. Harus diingat, ibu tiri Snow White mempunyai cermin ajaib. Cermain itulah yang membuka rahsia Snow White masih hidup dengan menyatakan wanita tercantik adalah Snow White. Ketika 7 orang kerdil keluar bekerja, Snow White telah didatangi nenek kebayan yang memberikannya sebiji epal beracun. Snow white pun pengsan. 7 orang kerdil menempatkan Snow White di dalam keranda berkaca. Suatu hari seorang putera mahkota telah singgah di keranda itu. Baginda jatuh cinta dan terus mengucup Snow White. Keajaiban pun berlaku. Snow White pun sedar daripada pengsan dan berakhirlah semua kesengsaraan.

Keajaiban oh keajaiban, bilakah keajaiban akan berlaku? Adakah keajaiban akan berlaku?

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...