Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Mengumpul Kekuatan

Hanya insan biasa. Sangat terkesan oleh tekanan demi tekanan yang hadir bagaikan hujanan peluru yang bertali arus. Sudahnya tersungkur jua. Menangisi kehilangan. Ini kehilangan yang kedua .  Lumrah bagi insan biasa. Sebanyak manapun tangisan takkan boleh menggantikan kehilangan ini. Tidak juga mampu mengubah hakikat.  Tempoh merawat luka di hati telah tamat. Jujurnya masih belum bersedia kerana amat pasti pelbagai hentaman akan menyusul.  Jiwa ini juga perlu rawatan. Semangat perlu dihimpunkan. Kentallah jiwa, kuatlah semangat. Bak kata Prof Dr Hamka, ' hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar . Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan k...

Selepas Hujan

Kalaulah bisa lari sudah lama kubuka langkah seribu takkan sesaat betah bertahan Kalaulah ada sayap sudah tinggi aku terbang menjelajah langit nan biru lupakan segenap kepedihan Hakikatnya kaki dipasakkan mata ditutup tangan terikat mulut dikatup disekelilingku jeriji besi Membilang dan meniti hari mengharapkan ada sinar setidak-tidaknya ada pelangi selepas hujan di tengah hari

Lagi Kes Penderaan Kanak-kanak

Al-fatihah untuk Arwah Adik Nor Dania Qistina. Tiada lagi penyeksaan, tiada lagi kesakitan, tiada lagi air mata dan ketakutan. Kini beliau di syurga abadi bersama penciptaNya yang lebih Mengasihi dan Menyayanginya. Sungguh menyayat hati menatap foto jenazah arwah. Jelas kelihatan lebam di matanya. Sumber berita daripada akhbar-akhbar harian tempatan : Berita Harian Online, Utusan Malaysia Online, Kosmo Online & Harian Metro.

Menanti Keajaiban Tiba

Kredit foto: http://disneyexclusiveonline.com/content/Cinderella.htm Dalam cerita dongeng Cinderella, Cinderella sering didera ibu tiri dan dibuli dua kakak tiri selepas kematian ayahnya. Cinderella kena buat semua kerja-kerja dan melayani keluarga tirinya. Kasihan! Ada satu majlis tari menari yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan termasuklah keluarga tirinya. Cinderella pun teringin untuk pergi. Keajaiban pun datang. Cinderella hadir ke majlis tari menari dengan pertolongan pari-pari. Ada syaratnya. Cinderella mesti pulang semula sebelum tengah malam, jika tidak segalanya akan bertukar kembali pada keadaan asal. Bulan pun jatuh ke ribanya, putera mahkota memilih untuk menari bersamanya. Mengejar detik 12 tengah malam, sebelah kasutnya tercicir dan dikutip oleh putera mahkota. Dek kerana panahan cinta, putera mahkota mencari pemilik sepatu dan keluarkan Cinderella dari azab sengsara. Kredit foto: http://disney.wikia.com/wiki/Snow_White_(character) Itu cerita...

Tolonglah, Jangan Politikkan Harimau Malaya

Malaysia masih lagi dalam mood ceria meraikan kemenangan Piala AFF Suzuki. Kita raikan bersama-sama. Tak kiralah di Semenanjung Malaysia atau di Sabah dan Sarawak. Walau kita berada di mana sekalipun kita raikannya sebagai kemenangan negara. Tup tup timbul pula isu tak puas hati dengan nama Harimau Malaya. Aduh! Takkanlah nak politikkan semua perkara. Bukankah nama Harimau Malaya, maskot Harimau Malaya telah digunakan sekian lama? Bukannya baru-baru ini. Lagipun mana ada spesis Harimau Malaysia, yang ada adalah Harimau Malaya. Kalau tak mahu guna nama Harimau Malaya kenalah guna nama gantinya iaitu Harimau Belang atau Pak Belang! Biarlah kekal dengan gelaran Harimau Malaya. Simbolik dari zaman berzaman. Status pemuliharaan Harimau Malaya yang cuma terdapat di Semenanjung Malaysia ini : Terancam . Samalah dengan prestasi pasukan bola sepak kebangsaan suatu ketika : Terancam . Simbolikkan. Malah Tengku Abdullah pun sudah ingatkan, tak perlu terlalu gembira dengan kejayaan ini. ...