Skip to main content

Merdeka

Esok kita akan menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 53. Selamat menyambut hari merdeka.

Taska anak-anak menyambutnya lebih awal pada hari Sabtu yang lepas. Ada perarakan dan pertandingan mewarna.
Si Kecil Mengetuai Bacaan Ikrar

Ada yang lebih menarik, emaknya yang lebih teruja. Sebetulnya saya dimaklumkan secara lisan tentang acara ini. Anak-anak digalakkan memakai pakaian kebangsaan. Saya pesan suami supaya batalkan apa-apa program sebab ini program pertama untuk anak-anak. Ini lebih penting!

Kak Long menangis tak mahu pergi. Tak mahu masuk pertandingan. Inilah kali pertama masuk pertandingan. Pertandingan itu apapun bukannya dia tahu. Puas pujuk. Sampai di taska, tak mahu turun dari kereta. Pujuk lagi.

Saya perasan kami sahaja ibubapa yang ada. Anak-anak lain semuanya tak ditemani. Saya tunggu juga. Mana tahu nanti ada ibubapa lain. Tunggu-tunggu tak ada juga. Rupa-rupanya memang pun. Program ini tak melibatkan ibubapa. Anak-anak sahaja. Malunya!!

Suami tak habis-habis mengusik. Sudahnya suami minta saya tinggalkan sahaja kamera kepada pengasuh. Inilah antara gambar-gambar di hari kejadian.

Perarakan Merdeka

Nyanyian Lagu Merdeka

Pertandingan Mewarna
Menang Tempat ke 3

Merdeka
Suami sahaja yang jemput anak-anak dari taska. Saya duduk di rumah buat biskut raya. Malu sebenarnya!

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...