Skip to main content

Meniti Hari

Tolong doakan bersama kesembuhan buat anakanda saya. Sudah lebih seminggu anak saya ini demam berulang. Demamnya tidak betul-betul kebah. Selera makannya langsung tiada. Hari ini dengan hati yang sangat berat, saya terpaksa tinggalkan juga di taska. Apakan daya sudah seminggu juga, saya tidak bekerja. Seperti kata Dr Zarin, sekiranya dalam tempoh dua hari ini demamnya tidak juga kebah anak saya mesti kembali ke wad kanak-kanak. Semoga dalam meniti hari-hari mendatang, perkara itu tidak akan terjadi.



Asalnya saya ingin menceritakan tentang perkara ini terlebih dahulu tetapi kesihatan anak-anak tidak mengizinkan. Hari ini, baru ada kesempatan untuk kongsikan berita gembira. Lama saya menanti hari itu. Hari yang mencatit berita gembira. Alhamdulillah, dengan rahmat Allah SWT, hari itu yang sangat saya nanti, datang juga. Bukan hanya saya bahkan emak yang merupakan pemberi semangat nombor satu juga, rasanya telah terlalu lama menanti. Saya pernah menghadapi saat-saat sukar untuk meniti hari itu. Untuk itu, terima kasih saya yang tidak terhingga untuk:

Kedua orang tua saya, Suami serta Anak-anak dan Adik-adik. Juga Acu, Pak Cu dan Ain.

Pensyarah, Dr Diljit. Tanpa kesabaran dan bimbingan daripadanya sukar sekali bagi saya menyiapkan disertasi.

Semua handai taulan yang membantu dari segala sudut, Nuar, Maz, Ipah, Mira, Opie dan lain-lain. Buat teman seperjuangan, sayangnya kerana kita tak dapat bersama meraikan hari gembira, Kak Nor, Kak Ani dan Kak Suzi, yang terlebih dahulu meraih kejayaan. Zana, saya doakan kejayaan awak. Cepatlah habiskan! Afrah, awak yang paling rapat dengan saya. Saya sedih kerana awak tiada bersama-sama sedangkan itu impian kita. Saya doakan awak berubah hati, kembali sudahkan apa yang tertinggal dan meraih kejayaan yang sama. Ayuhlah Afrah, saya yakin awak mampu. Anak saya juga dua kan! Juga ramai kawan-kawan lain, ada yang telah terlebih dahulu meraih kejayaan. Terutama sekali yang memilih untuk tidak melakukan disertasi dan menyudahkan pengajian sepenuh masa. Ada yang masih berusaha. Juga kepada sahabat saya Cikgu Juniza, jangan tunggu lama-lama ye. Teruskan berusaha.

Buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama sekali dalam menjayakan disertasi saya. Semoga Allah membalas budi baik kalian.

Sayang sekali anakanda bongsu saya itu, demam. Kurang sedikit keceriaannya. Malah saya sendiri tidak sabar pulang ke rumah menggenangkan keadaan kesihatannya. Cuma sedikit lega kerana berjaya memenuhi undangan fakulti yang meraikan graduan ijazah doktor falsafah serta sarjana. Terima kasih untuk fakulti. Ini bukan minum petang tapi merangkap makan malam! Kesempatan itulah yang saya nantikan untuk menzahirkan sendiri rasa terima kasih untuk pensyarah, Dr. Diljit. Bukan mudah hendak bertemu beliau. Setelah semuanya selesai, saya kembali membelek buku penerima ijazah. Teringin pula hendak bergelar pelajar sekali lagi. Sekali lagi berhempas pulas, kelam kabut, tak tidur malam dan sekali lagi naik menerima ijazah. Tak salahkan?! Mula-mula pasang angan-angan dulu.

Cepat betul masa berjalan. Ramadan sedang melambai-lambai. Seronok campur sedih. Buat semua umat Islam di mana sahaja anda berada, Selamat Menyambut Ramadan yang mulia. Saya mohon maaf atas segala salah dan silap. Semoga kita beroleh rahmat Allah daripada keberkatan Ramadan. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...