Esok kita akan menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 53. Selamat menyambut hari merdeka. Taska anak-anak menyambutnya lebih awal pada hari Sabtu yang lepas. Ada perarakan dan pertandingan mewarna. Si Kecil Mengetuai Bacaan Ikrar Ada yang lebih menarik, emaknya yang lebih teruja. Sebetulnya saya dimaklumkan secara lisan tentang acara ini. Anak-anak digalakkan memakai pakaian kebangsaan. Saya pesan suami supaya batalkan apa-apa program sebab ini program pertama untuk anak-anak. Ini lebih penting! Kak Long menangis tak mahu pergi. Tak mahu masuk pertandingan. Inilah kali pertama masuk pertandingan. Pertandingan itu apapun bukannya dia tahu. Puas pujuk. Sampai di taska, tak mahu turun dari kereta. Pujuk lagi. Saya perasan kami sahaja ibubapa yang ada. Anak-anak lain semuanya tak ditemani. Saya tunggu juga. Mana tahu nanti ada ibubapa lain. Tunggu-tunggu tak ada juga. Rupa-rupanya memang pun. Program ini tak melibatkan ibubapa. Anak-anak sahaja. Malu...