Siapa kata filem animasi Papa Zola The Movie untuk kanak-kanak? Bagi yang belum menonton, pergilah. Tak kira berapa pun usia anda kerana inilah cerita untuk anda menyelami jiwa seorang bapa. Filem ini mewakli suara lelaki budiman yang kehilangan suara untuk bercerita. Tenggelam suara di dalam sebak. Tak upaya bercakap kerana kepenatan. Ini cerita lelaki yang mempunyai impian menggunung untuk membawa bahagia buat keluarga. Tanpa memikir lelahnya bekerja. Impian untuk mencuba hadirkan setiap yang dipunyai oleh anak orang lain, mampu dirasai oleh anaknya sendiri. Ini cerita seorang isteri yang setia. Seorang isteri yang berkorban tanpa syarat. Ini cerita seorang anak yang bawa bahagia. Seorang anak yang menerima bahagia itu mengikut cara kita. Ini cerita keluarga. Tunjangnya seorang bapa. Berdedikasi. Cerita yang datang tepat pada masanya. Pada masa begitu ramai pejuang nafkah melakukan lebih daripada satu pekerjaan. Pada waktu selepas diserang wabak sehingga menga...
Saya. Xiǎo hóng . K enangan indah kelas Mandarin LS 20 UiTM bersama dengan Wan Iskandar Laoshi. Menang tempat pertama Sketsa Mandarin. Memegang watak utama sebagai Xiǎo hóng. Pementasan yang di buat di foyer Menara. Tak memperdulikan sosok pelajar yang lalu lalang atau berapa banyak mata-mata asing yang memandang. Ingatan itu melekat kuat dalam kotak memori meski tanpa rakaman walau sekeping pun, gambar kenangan. Nama itu diabadikan sebagai pengenalan diri di kebanyakan media sosial. Cǎi hóng. Nama yang dipilih ketika Laoshi meminta kami memilih nama sendiri dalam bahasa Mandarin. Dalam penguasaan kosa kata yang sangat terhad. Jauh di sudut hati yang paling dalam, nama itu lebih mewakili diri. Lebih berwarna. Seumpama jalur dalam hidup. Warna pelangi dalam tafsiran sendiri yang ada lebih daripada sekadar tujuh. Pelbagai warna. Selamat Tahun Baru 2026 pembaca Sejuta Warna Pelangi.