Skip to main content

Raja Yang Hilang Mahkotanya

Pernahkah anda mendengar ceritera seorang raja yang kehilangan mahkotanya? 


Mahkota adalah alat kebesaran. Ianya lambang kekuasaan seseorang raja. Bayangkan seorang raja menduduki takhta tanpa mahkotanya. 

Demikianlah yang berlaku pada petang bersejarah 7 Oktober 2025. Sebelumnya dalam satu daerah, ada seorang raja penguasa daerah dinobatkan dengan gelar baharu. Raja tersebut berasa sangat gembira.  Lagaknya seperti merak mengigal.  Gelar itu terlalu lama diidamkan. Serta merta cengkaman dikuatkan. Laku raja daerah umpama anjing melintang denai. Tingkahnya semakin cacing naik ke mata. Namun bukan rahsia, raja itu beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh. Akan tetapi siapakah yang dapat mencegahnya? Rakyat umpama mentimun dengan durian. Penuh luka.

Dalam pada raja penguasa daerah berleluasa mencengkamkan taring dan kukunya, satu titah diturunkan penguasa raja dari kerajaan utama. Raja penguasa negeri diarahkan bertukar. Raja penguasa daerah menerima dengan tangan terbuka.

Sebagai tanda pengenalan, raja penguasa negeri pun turun mencemar duli melawat daerah takluknya. Tak cukup dengan itu, raja penguasa negeri memerintahkan sekalian di bawah takluknya datang menghadap. Dalam majlis itu, raja penguasa negeri berkenan untuk mendengar dari segenap suara masing-masing tentang peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan. 

Raja penguasa negeri cepat mengesan ketidakcekapan raja daerah menggembleng dan mentadbir. Satu tamparan buat sang raja daerah apabila raja penguasa negeri tanpa berlengah-lengah memerintahkan, satu demi satu arahan kerja daripada raja daerah ditarik balik. Ruang lingkup dan struktur kerja diperkemas. 

Raja daerah tergamam. 'Mahkota' keagungannya direntap. Suatu kejutan kerana selama bertahun memerintah, tidak ada seorang raja penguasa negeri pun yang pernah mencabar kewibawaan pemerintahannya. Jika ada pun, raja daerah cuma bermuka papan. Tiada tindakan tegas pun pernah diambil ke atasnya. Malah raja daerah sering membanggakan diri menjadi anak emas raja penguasa utama. 

Lebih mencengkam tatkala diberitakan bahawa raja penguasa daerah akan ditukarkan buat sementara.  Sesuatu yang di luar jangka. Luluh hatinya mengenangkan istana mewah bakal ditinggalkan. Tidak ada mana-mana raja dalam daerah yang memiliki istana sewahnya. Daerah yang selesa. Ruang peribadi yang tak pernah dicabar. Mahupun dipersoalkan. Mulut-mulut bawahan yang berjaya didiamkan bertahun-tahun lamanya. Raja daerah bakal kehilangan semuanya. 

Doa orang teranaiya telah dikabulkan Allah SWT. Demikian doa dijawab dengan istimewa. Tidak berlaku 'pertelingkahan lidah' yang panjang. Tanpa perlu 'pertumpahan darah'. Allah SWT bekerja penuh rahsia. Alhamdulillah. 

Demikianlah di atas langit, masih ada langit. 

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Pertarungan Atlet Muay Thai Malaysia di ONE Championship & RWS

Lima orang atlet Malaysia akan bertarung pada hujung minggu ini di Thailand. Semoga bendera Malaysia, bakal berkibar megah. Selamat maju jaya Johan Jojo Ghazali, Wan Muhammad Sabri Wan Zuki, Adam Rakib, Elias Ghazali dan Mikhail Miki Ghazali. Jojo, Adam dan Sabri akan bertarung pada 6 Februari 2026 di Stadium Lumpinee, Bangkok. Alif Rakib akan masuk gelanggang menentang Prajanchai bagi merebut tali pinggang kejuaraan. Semua mengharapkan ayam tambatan Malaysia mampu mengulang sejarah, menang bergaya. Semoga semua atlet negara yang bertanding akan mengulangi kejayaan sebagaimana yang dicipta oleh Rifdean Masdor pada 16 Januari 2026 yang lalu. Kita juga harapkan lebih ramai wakil negara akan memenangi kontrak beradu di ONE Championship. Suka dengan semangat atlet Muay Thai kita.  Kalau sebelumnya negara terkenal dengan adik beradik Sidek dalam Badminton. Kita ada adik beradik Yoong Hanifah dalam Luncur Air. Ada trio adik beradik Wan dalam Permotoran. Negara bangga dengan pencapai...