Skip to main content

Abah Saya, Uncle Mike

Sejak mula promo filem ini Abah Saya, Uncle Mike, saya menyimpan hasrat menontonnya bersama keluarga. Kami menontonnya pada 6 September 2025. 

Menyelit di tengah-tengah jadual kesibukkan suami. Tak boleh merungut banyak, ketua keluarga yang kena bekerja terus menerus tanpa ada cuti hujung minggu. Cuti umum pun kena kerja juga. Kena kami pandai sesuaikan masa mengikut jadual suami. 

Saya tahu ketika anda membaca coretan ini, barangkali filem ini sudah tidak dimainkan di pawangam lagi. Malah ketika awal tayangan pun, tak ramai pun khalayak yang datang menonton.

Ini cerita masyarakat. Bukan cerita aksi. Ada terselit kisah samseng jalanan tetapi bukan tunjang cerita.  Tiada kisah percintaan merpati dua sejoli. Namun ada cinta tanpa batasan jika berjaya menemukan makna cinta sejagat. 

Ini kisah inspirasi sebetulnya. Menjulang makna kemanusiaan. Mengikat perpaduan. Cerita yang diangkat dari kisah benar, seorang lelaki Tionghua yang berhati mulia. Sanggup memelihara dan menyayangi tiga orang anak yatim piatu berketerunan Melayu, beragama Islam. Kisah-kisah seperti ini hanya laku di layar kaca. Memang selalu terfikir, mengapa telefilem bikinan tempatan sangat bagus tetapi tidak di layar perak?

Syabas kepada produksi dan semua yang terlibat dalam fielm ini yang berani mengetengahkan kisah inspirasi ini. Tahniah kepada bakat-bakat baharu seperti Idan Aedan, Nor Merah dan Umar Shakur.  Tepukan gemuruh buat pelakon yang terkenal dengan watak aksi dan antagonis, Andy Teh yang lari dari stereotaip. Lakonan hebat, Idan Aedan sebagai Rafei inilah yang berjaya mengundang sebak di hati penonton. Ramai mengaku menitiskan air mata menonton filem ini. 

Saat yang paling meruntun jiwa tatkala, Rafei yang dikurung setelah dipukul dengan teruk dipaksa melihat kedua-dua orang adiknya dipindahkan dari asrama anak yatim. Jerih perih Rafei berjuang untuk memastikan kebersamaan mereka bertiga dan keluar dari penganaiyaan, mereka yang bertopengkan agama dan kemanusiaan. Mencuba untuk memikul beban tanggungjawab di usia hijau. 

Uncle Mike hadir pada masa yang tepat. Tidak hanya bawa kasih sayang tetapi pengorbanan yang tiada hadnya. Bayangkan untuk menangani karenah seorang anak sudah cukup berat. Ini kan pula tiga orang. Sesuatu yang sangat menyentuh adalah beliau tidak mahu dianggap pengganti ayah dan ibu mereka. Malah sentiasa mengingatkan mereka untuk mendoakan kedua-dua arwah. 

Sudah tentu kisah ini diperisakan. Namun masih menjulang akar utama, Uncle Mike (Michael Tong Wai Siong) yang tidak hanya memelihara ketiga-tiga anak yatim piatu ini tetapi paling utama turut memastikan ibadah mereka terpelihara. Solat wajib ditunaikan. Ikut berpuasa supaya anak-anaknya tidak ponteng puasa. Meskipun berbeza agama, bahasa dan budaya, hak ketiga-tiganya sebagai umat Islam dipastikan tempatnya. Uncle Mike meletakkan keutamaan anak-anak ini berbanding dirinya sendiri. Keluarga Uncle Mike turut sama bertoleransi dalam memikul tanggung jawab ini. Untuk itu sangat wajar, beliau diangkat sebagai tokoh Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 2024. 

Mengapa baru sekarang saya menukilkan kisah ini? Ini kerana saya mendengar ZRA Strim, sewaktu Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad, menjawab kritikan ramai tentang pelayaran Sumud Flotilla serta sanggahan terhadap Greta Thunberg. Antara lain katanya, "Allah SWT beri pengajaran kepada kita, apabila di kalangan orang-orang Islam tidak mampu melakukannya (membela nasib rakyat Palestine) maka Aku tunjukkan kepada kamu, Aku pilih di kalangan bukan Islam yang memimpin perjuangan ini". 

Serta merta saya teringat kisah Uncle Mike. Bagi yang tak tahu, ketiga-tiga anak yatim piatu ini ketika itu masih mempunyai waris. Tetapi mereka di tempatkan di rumah anak yatim. Proses mencari keluarga angkat bagi mereka bertiga ini jadi rumit. Sudah jadi lumrah dalam pengambilan angkat. Anak angkat remaja bukan pilihan. Apa lagi apabila perlu mengambil kesemua adik beradik sebagai anak angkat dalam satu keluarga yang sama. Kerumitan itu tidak hanya berlaku di negara kita atau di kalangan masyarakat kita. Kerumitan sama turut disuarakan dalam kisah Instant Family pada tahun 2018. 

Bagi saya kisah Abah Saya, Uncle Mike jauh lebih menarik dan unik kerana merentasi batas agama.

Adakah Uncle Mike satu-satunya insan yang menyantuni anak Melayu dan Muslim, sebegitu? Tentulah tidak. Tetapi kisah ini diangkat ke layar perak, mewakili mereka yang lainnya. Tentunya.

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...