Skip to main content

Pelangi Pagi - Khadijah Hashim

Tempoh memulihkan diri yang diberikan doktor, benar-benar dapat dimanafaatkan dengan membaca sebanyak mana buku yang boleh. Salah satunya inilah, Pelangi Pagi. Ringan sahaja novelnya berbanding Badai Semalam karya penulis yang sama.

Pelangi Pagi lekas mengingatkan saya pada novel, Siti Johana karya Amaruszati Noor Rahim (penulis yang kini beralih bidang, pengusaha bakeri). Sedikit berbeza kerana Siti Johana berperwatakan mirip lelaki yang berjaya di'kembalikan' ke asalnya dengan bantuan Cikgu Taufik. Lebih kepada benci bertukar cinta. Novel dari cerpen yang tersiar di Dewan Siswa.


Watak Noraini sangat berbeza dengan Siti Johana. Noraini remaja yang terperangkap dengan budaya hedonisme. Mengenetepikan langsung soal pelajaran, masa depan malah harapan kedua orang tuanya. Benarlah kata Saidina Ali, sahabat itu cerminan diri. Baik sahabat kita, terdorong ke arah kebaikkanlah diri kita. Bersahabat dengan Zaidah yang ulat buku memangkin semangat belajarnya. Tetapi yang lebih memangkin semangatnya adalah Cikgu Hadi. Peranan dimainkan Cikgu Hadi hasil daripada peranan ayahnya sendiri. Justeru Noraini tidak "hanyut." Malangnya Noraini remaja "hanyut perasaan" pula terhadap cikgunya. Mujur ayahnya kembali berperanan dan Cikgu Hadi bijak "memutuskan hubungan". Memastikan Noraini kekal di landasan.

Menarik. Ada kelucuan. Barangkali ibubapa boleh mengambil langkah serupa. Barangkali guru harus bertindak lebih dari garisan supaya pelajar tidak terus tersasar. Tanpa lampu hijau, tidak mungkin sewenang -wenangnya dilaksanakan. Bukan mudah mendidik. Baik ibubapa ataupun guru. Sungguh ini tugas mulia.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.