Skip to main content

Muharram & The Caravan of Pride - موكب الاباء - Full Movie on aftermath of Karbala ...

Selamat menyambut Maal Hijrah.

Amalan membaca doa akhir tahun dan awal tahun sempena menyambut kedatangan bulan Muharram. Salah satu bulan 'haram' (yang dihormati) di dalam Islam. Bulan-bulan yang lain adalah bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Rejab. Umat Islam dilarang pergi berperang dalam bulan-bulan 'haram' ini melainkan mereka diperangi.

Amalan berpuasa sunat merupakan antara kemulian di bulan-bulan haram. Umat Islam juga disunatkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Berpuasa pada 10 Muharram iaitu hari Asyura yang punyai sejarah disebaliknya. Manakala berpuasa pada 9 Muharram adalah bagi membezakan dengan kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. Mengapa kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram? Pada 10 Muharram, kaum Yahudi meraikan kemenangan yang diperolehi Nabi Musa AS dan kaum bani Israel dari Firaun. Firaun telah ditelan di dalam laut Merah. Padahal umat Islam lebih berhak ke atas Nabi Musa AS dan sudah tentu sebagaimana diriwayatkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, umat Islam dilarang melakukan amalan yang menyerupai amalan kaum Yahudi mahupun kaum musyrikin.

10 Muharram merakam pelbagai sejarah yang mesti diambil iktibar daripadanya termasuklah kapal Nabi Nuh AS mendarat di bukit Judiy setelah banjir besar yang melanda. Meraikan serta mengenang pengorbanan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan agama Allah SWT. Pelbagai rintangan dilalui Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT. Peristiwa penghijrahan ini juga tidak melalui jalan mudah. Keluarga dan sahabat baginda turut sama berkorban bagi memastikan penghijrahan dapat dilakukan.

Pada 10 Muharram juga, cucunda kesayangan baginda dan juga penghulu pemuda di syurga, Saidina Husein telah syahid. Filem ini The Caravan of Pride memaparkan sejarah berdarah yang tidak sepatutnya berlaku. Bohonglah jika tidak menitis air mata ketika menontonnya. Bukan hanya cucunda kesayangan Nabi Muhammad SAW ini sahaja yang dibunuh dengan kejam pada bulan 'haram'. Bahkan kebanyakkan kaum keluarganya serta pengikutnya juga. Al fatihah buat semua yang syahid dalam peristiwa berdarah di Karbala.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...