Skip to main content

Mohd Faizal Ramli "The Golden Elbow"

Malam semalam selepas balik dari klinik, saya menonton The Challenger Muay Thai. Perlawanan di antara Mardsua Pidsanu Kunchat dan Vuyisile Colossa. Kedua-duanya sama hebat tetapi dalam perlawanan cuma ada satu pemenang dan pemenang itu adalah Mardsua. Muay Thai? Tomoi? Macam mana boleh terjebak dengan Muay Thai pula ni? Gelak besar kan. Gelaklah. Macam mana saya boleh, orang kata "layan" Muay Thai?  

Oh sebelum itu, mesti highlight perkara ini kerana ianya menyentuh sensitiviti umat Islam. Kebeteluan sekali hari ini baru saya tahu, salah seorang peserta The Challenger Muay Thai ini adalah dari Israel. Ini memang kes ketinggalan keretapi laju. Memang naik keretapi gerabak arang dan duduk kelas bawahan. Isu yang paling besar adalah rancangan realiti itu dibuat di tanah tumpah darah kita. Kita bersimpati dan prihatin dengan nasib saudara kita di Palestin. Bukankah negara tercinta kita ini, tidak mengiktiraf Israel? Warganegara Malaysia diharamkan menjejakkan kaki ke sana. Bagaimana bendera Israel boleh berkibar di sini? Bagaimana boleh berkompromi dengan isu yang sangat sensitif ini? Sedangkan mereka tidak sedikitpun berkompromi dengan saudara kita di Palestin. Banyak juga perkara seumpama ini terjadi. Sepatutnya pihak berwajib lebih peka lagi tentang sensitiviti rakyat. Janganlah isu semacam ini berulang kembali.

Mengapa Muay Thai? Bukankah ini sukan ekstrem. Memang betul ngeri menyaksikan perlawanan Muay Thai. Mata saya terpaku kerana pemuda ini, wakil negara kita Mohd Faizal Ramli atau dikenali Golden Elbow. Keperibadiannya yang sederhana. Membahasakan dirinya, Faizal. Tingkah laku, budi bicaranya yang sopan, sebenarnya itulah yang memikat. Malah kebanyakan peserta juga menyukainya. Kalau diikutkan, apalah yang saya tahu pasal sukan ini. Sedangkan filem Ong-Bak atau Tom-Yum-Goong pun, Encik Suami menonton sendirian.



Malam semalam, saya hendak tahu rentetan setelah kekalahan Faizal kepada Antoine Pinto. Pasukan biru tekad menebus semula kekalahan Faizal. Mardsua menggantung bendera Malaysia di katilnya dan mendedikasikan perlawanannya untuk Faizal. Antoine menganggap Faizal, sahabat yang baik dan berasa serba salah kerana menyingkirkannya. Antoine menyifatkan Faizal sebagai good heart. How sweet. Biasalah orang perempuan. Hahaha.

Teringat Ben Star salah seorang dalam Masterchef USA 2, ketika meninggalkan pertandingan, menyatakan beliau mendapat pengalaman dan persahabatan. Baguskan, 2 dalam 1.

Faizal telah menang 4 pusingan tetapi tersingkir kerana sedikit kesilapan pada pusingan terakhir. Sayang seribu kali sayang. Semangat juangnya tinggi. Jika tidak kerana kekalahan itu, tentu beliau boleh pergi jauh lagi dalam pertandingan. Bebalik semula pada ketentuan Allah SWT. Lagipun adat bertanding, mesti ada pihak yang akan kalah. Bagi peminat Faizal dan peminat Muay Thai, boleh dapatkan majalah Muay Thai di pasaran. Isu bulan November, ada kisah Faizal.


Semoga Faizal terus berjaya dalam bidang pilihannya. Good Luck!

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...