Sudah diingatkan. Bukan sekali tapi berkali-kali. Tetapi semuanya seperti mencurahkan air ke daun keladi. Satu yang perlu engkau ingat, takkan hilang bisa ular menyusur akar.
Tapi sekarang, tak ada yang perlu disesali. Nasi sudah menjadi bubur. Hadap dan makan sahaja.
Sudah dijangkakan perkara ini. Cuma ianya berlaku lebih awal. Tetapi bukan perkara yang mengejutkan pun.
Barangkali tidak pernah terduga akan terkena pada diri sendiri, agaknya. Berasa selamat dan selesa. Tiba-tiba terhantuk pula. Rasa sakitnya. Argh engkau. Itulah. Jalan dan keputusan yang engkau ambil ini, sedari awal risikonya telah terhidang. Cuma engkau tak pernah sangkakan. Dalam ramai-ramai engkau yang terkena. Dalam ramai-ramai, engkau kena dulu.
Sekarang memang semua kena terima akibatnya. Semua kena bersedia dengan risikonya. Sudah tidak ada jalan lain. Sudah tak dapat menoleh ke belakang lagi.

Comments
Post a Comment