Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2025

Kuala Lumpur Basah - Hujan Berterusan

Sejak petang semalam, Kuala Lumpur basah. Hari ini hujan turun tiada mengenal tanda berhenti. Berterusan. Renyai-renyai disulam deras tiba-tiba. Panjang dan lama. Gusar. Sudah tentu. Hujan begini mengundang banjir kilat di Kuala Lumpur.  Sudah tujuh buah negeri dilanda banjir. Sudah ramai mangsa banjir di tempatkan di Pusat Pemindahan. Apa nasib anak-anak yang bakal menduduki SPM esok? Semoga semua sihat dan semua urusan dipermudahkan, amin. Diri sendiri juga dilanda puting beliung sejak awal Subuh. Sepanjang perjalanan pagi ini berhujan di dalam dan di luar kereta. Mata pedih. Cahaya lampu yang malap dalam bilik ini menambahkan kabur pada penglihatan. Kepala sedikit pusing. Mahu tak mahu kena keluar juga sebentar tadi untuk dapatkan kad OKU baharu. Nasib tak menyebelahi kerana ada gangguan pada sistem. Sebetulnya kad masih belum siap. Ah Sudah! Gangguan juga pada sistem kedatangan. Kedatangan pagi ini tak direkodkan. Entahlah. Hujan. Bawa bahagia. Bawa derita. Semoga hujan yang tu...

Melukut Di Tepi Gantang

Melukut di tepi gantang - tidak diperlukan, tidak penting atau tidak bernilai. Melukut adalah serpihan beras. Beras yang pecah-pecah. Hancur. Tidak boleh ditanak menjadi nasi.  Gantang adalah penyukat beras. Pada zaman dahulu, barangan ditukarkan melalui sistem barter. Antara barang berharga yang jadi tukaran adalah beras.  Beras yang telah jadi melukut tidak ada harganya lagi.  Bagaikan melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi. Demikianlah perumpaannya dengan manusia. Ada dengan tiada, seolah tiada bezanya. Walaupun duduk di sisi. Tak dipandang dengan sebelah mata pun. Kena sedar diri. Tanda tidak dihargai. Terang dan jelas. Tak perlu menangih merayu simpati. Pandai-pandailah membawa diri.

Rudy Ludinata dan Bluehikari

  Taaadddaaa... Pembaca-pembaca blog suatu masa dahulu mesti kenal dengan personaliti ini. Sekurang-kurangnya kenal dengan penulisan beliau atau kenal dengan blog beliau, Bluehikari . Betul tak? Semalam 19 November 2025, beliau hadir ke pejabat kami sebagai perunding imej. Tuan Rudy Ludinata terima kasih atas ilmunya. Saya sangat gembira. Cuma rezeki saya mengikutinya secara dalam talian sahaja. Sekiranya lokasi ceramah tidak berubah tempat, kesempatan bersemuka dengan beliau adalah lebih tinggi. Pada asalnya lokasi beliau dijadualkan menyampaikan ceramah itu di ruang tempat saya bertugas. Saya tidak mahu naik ke Tingkat 3 dan terjah kerana saya sendiri telah memohon pada penganjur untuk mengikuti ceramah itu secara dalam talian dari awal lagi. Menyesal ke? Tidak. Kekangan tugasan membuatkan saya memilih untuk mengikuti ceramah itu secara dalam talian. Lagipun ilmunya sampai.  Lagi satu kan, Rudy ni kenal saya pun tidak. Terkejut beruk pula nanti, apa hal perempuan ni? Lain pu...

Saat Diselimuti Mendung

 

Sudah Terhantuk Baru Terngadah

Sudah diingatkan. Bukan sekali tapi berkali-kali. Tetapi semuanya seperti mencurahkan air ke daun keladi. Satu yang perlu engkau ingat, takkan hilang bisa ular menyusur akar. Tapi sekarang, tak ada yang perlu disesali. Nasi sudah menjadi bubur. Hadap dan makan sahaja.  Sudah dijangkakan perkara ini. Cuma ianya berlaku lebih awal. Tetapi bukan perkara yang mengejutkan pun. Barangkali tidak pernah terduga akan terkena pada diri sendiri, agaknya. Berasa selamat dan selesa. Tiba-tiba terhantuk pula. Rasa sakitnya. Argh engkau. Itulah. Jalan dan keputusan yang engkau ambil ini, sedari awal risikonya telah terhidang. Cuma engkau tak pernah sangkakan. Dalam ramai-ramai engkau yang terkena. Dalam ramai-ramai, engkau kena dulu.  Sekarang memang semua kena terima akibatnya. Semua kena bersedia dengan risikonya. Sudah tidak ada jalan lain. Sudah tak dapat menoleh ke belakang lagi.