Skip to main content

Posts

Showing posts from 2024

Akibat Yang Buruk

Mencari-cari ayat yang sesuai untuk ini. Betul-betul terkesima. Lebih mengecewakan pengakuan yang lain turut melakukan hal yang serupa. Apakah yang cuba anda sampaikan? Apa yang kalian banggakan? Banyak sekali akibat buruk dari pengakuan anda ini. Ramai yang terkesan. Kecewa. Antara akibat yang buruk susulan penyebaran cerita pengalaman dan tindakan anda itu adalah wanita berkerjaya lain yang sedang merancang untuk mengandung dan sedang mengandung. Hidup ini ladang ujian Barangkali anda cuma MALAS untuk bekerja jadi anda memilih tindakan tidak wajar ini. Barangkali bagi anda meninggalkan beban kerja kepada orang lain, bukan satu masalah. Barangkali bagi anda tiada keperluan bersungguh untuk menjaga periuk nasi dengan bekerja.  Namun tidak bagi orang lain. Bagi kami wanita berkerjaya, mengandung akan dilabel, dikecam dan dianaktirikan. Sehingga ada takut untuk mengandung. Sehingga ada yang mengalami tekanan. Ada yang keguguran. Ada yang kehilangan bayi. Ada yang cuba menyembunyikan ...

Wafdun (Utusan Yang Terhormat)

  Dengan penuh rasa syukur, ingin dimaklumkan saya dan suami akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Saya doakan yang terbaik untuk kita semua. Semoga semua dalam keadaan sihat dan dunia ini menjadi lebih sejahtera untuk semua. Semoga amal ibadat kita diterima, aamiin.

Jumaat Terakhir di Bulan Ramadan

  Sudah agak lama tidak menulis di sini. Ada banyak perkara hendak diluahkan tetapi tidak kesampaian. Sedar-sedar hari sudah berganti minggu, bulan dan tahun.  Ramadan juga sudah hampir ke penghujungnya. Saya mohon maaf kepada semua pembaca. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Jang Nara - Biopolar dan My Happy Ending

Jang Nara kembali. My Happy Ending . 16 episod. Sekali lagi Jang Nara tidak menghampakan. Ketua eksekutif, Seo yang pada mata kasar masyarakat seorang yang berjaya dan bahagia. Punya suami yang mencintai. Ayah walaupun cuma ayah tiri tetapi sangat penyayang. Miliki seorang anak perempuan yang comel. Dikelilingi pekerja yang kreatif dan rajin serta mempunyai seorang kawan yang setia. Berkawan dari zaman persekolahan. Namun bukan semua berjalan lancar sebagaimana pada dasarnya. Ada lapis-lapis yang mengejutkan. Ada yang melukakan dan ada rahsia disebalik rahsia tersembunyi. Sebetulnya tema rumah tangga runtuh kerana diganggu sudah terlalu banyak dihasilkan. Bezanya mungkin plot. Mungkin pelakon. Jujurnya kalau bukan kerana Jang Nara, sudah tentu tak diendahkan. Berbanding VIP, Jang Nara tampil dengan watak seorang isteri yang lebih menagih pengertian suami. Seorang isteri dengan derita jiwa yang berat. Menyimpan rahsia menghidap biopolar. Betapa sukar melihatnya bangkit melawan dan berta...

Progeria - Love Like the Falling Petals

Pernah dengar tentang penyakit, progeria?  Sindrom Benjamin Button ?  Sindrom  hutchinson-gilford ?  Tak pernah?  Tak pernah? Tak pernah itu mungkin sebab kita tak biasa dengan istilah perubatan.  Progeria merupakan salah satu daripada penyakit jarang jumpa. Penghidap penyakit ini akan menjadi lebih tua daripada usia yang sebenar. Ooohhh. Pernah dengar kan.  Bukan menjadi tua sedikit tetapi bertukar menjadi terlalu tua dalam jangka masa yang sangat singkat. Penyakit ini dikatakan berlaku pada satu daripada 4 juta kelahiran. Barangkali ada yang tahu sedikit sebanyak mengenai penyakit ini daripada bintang YouTube, mendiang Adalia Rose .  Filem Jepun,  Love Like the Falling Petals  mengisahkan tentang seorang gadis yang menghidap progeria. Filem yang diadaptasi daripada novel, Sakura no Yona Boku no Koibito karya  Keisuke Uyama .  Hidup Ini Ladang Ujian Kisah bermula dengan Haruto yang diam-diam jatuh cinta pandang pertama dengan...