Terlebih dahulu sekalung tahniah kepada seluruh warga produksi kerja "Frontliners". Memang sukar mereka hendak jayakan "Frontliners" ketika wabak sedang bermaharajalela. Hospital penuh. Anggota kesihatan dan keselamatan negara, sangat sibuk. Ini gambaran ketika negara dalam peringkat awal memerangi COVID 19. Memaparkan liku-liku yang dihadapi sebilangan anggota barisan hadapan dan keluarga mereka. Memang benar ada anggota keselamatan barisan hadapan yang pasang khemah kecil di hadapan laman rumah. Mandi di laman rumah. Realiti yang nampak di hadapan mata, jiran setaman di sini. Memang betul, sukar bagi warga emas memahami dan menerima kenyataan anak cucu tidak dapat pulang ke kampung, menziarah mereka. Bukan anak-anak sahaja yang rimas 'terkurung'. Segenap lapisan umur juga rasa terkonkong. Apa lagi tidak dapat turun mencari nafkah. Ramai yang terkesan dari segi ekonomi dan juga emosi. Kerja tanpa imbuhan. Tak mampu untuk memberi imbuhan. Pengusaha pra seko...