Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

Don't Simply Judge!

Setiap kali mengingatkannya, luluh rasa hati. Kami memang menunggu penggumuman rasmi persekolahan bermula untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak. Mahu atau tidak. Suka atau tidak, kelengkapan asas mesti disediakan. Anak-anak membesar sebagai johan, uniform sekolah, kasut sekolah perlu diganti walaupun persekolahan bersemuka pada tahun 2020, sangat singkat sejak negara dilanda pandemik COVID 19. Kami memang pengunjung tetap di sebuah kedai menjual kelengkapan uniform sekolah. Hari Rabu (24 Februari 2021) kami ke sana, mencari kelengkapan sekolah. Anak-anak semua ikut. Sesampainya di kedai, kami diberitahu kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan masuk ke kedai. Baik. Maklum dengan SOP. Akur.  Kasut-kasut sekolah memang dipamer di luar kedai. Tidak ada masalah untuk anak-anak memilih dan mencuba saiz kasut. Uniform sekolah contoh di bawa keluar untuk anak-anak, cuba. Boleh cuba baju sekolah. Sarung sahaja dari luar. Seluar sekolah yang jadi masalah.  ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Deritanya Kayap

Ahad pagi 8 September 2019, Emak beritahu rasa sakit dari tengkuk ke sekitar bahu sebelah kiri. Memang ada tompok-tompok merah seperti ruam di bahagian yang disebutkan. Tersentuh sedikit pun rasa sangat sakit. Malah menurut Emak rasa sakitnya seperti terbakar dan pedih. "Kayap kot" terpacul itu dari mulut. Teringat salah seorang 'pesakit' dalam kdrama Doctor Room yang terkena kayap.  Berdasarkan simptom yang saya tonton dalam drama. Sakit kayap tak dapat nak digambarkan. Malah tersentuh sedikit pun rasa sangat sakit. Kami ke klinik pada Isnin. Biasalah Emak, memang susah hendak dipujuk ke klinik. Ketika di periksa doktor, saya ada bertanya kemungkinan Emak terkena kayap tetapi disangkal doktor. Doktor menduga Emak terkena gigitan charlie . Tahu charlie? Saya tahu tentang gigitan charlie sejak tahun 1995 lagi. Serangga kecil berwarna oren hitam seakan-akan kerengga tetapi berbisa. Ketika belajar, ramai kawan-kawan terkena gigitan charlie. Saya yang ber...

Tonggak Yang Hampir Runtuh

Perahan dan kerahan  Tenaga dan buah fikir Sudah bertalu-talu.  Tanpa batas.  Tanpa gagal.  Bukan lagi dalam tempoh beberapa jam tertentu yang wajib.  Menuntut hampir 24 jam, malahan. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Sudah tidak ada beza hari-hari bekerja. Tidak ada istilah hari minggu.  Cuti umum? Wujud lagikah? Bertalu-talu. Tuhan, Aku masih memilih untuk memandang sisi-sisi yang baik. Biar kecil. Biar tak sempurna. Aku masih berusaha menelan walaupun pahit. Biar sarat rasa kecewa. Tubuh masih memberi kerjasama.  Walau sangat lelah. Akal fikir masih dipaksa memberi tumpuan. Walau amat jerih. Tidak ada secebis rasa empati. Jauh dari cubaan untuk memahami. Membuatkan semua kerahan ini, kugagahkan dalam keterpaksaan. Seperti dilanda garuda, semuanya berserakkan. Masa bersama kalian dirompak tanpa belas Aku tidak boleh menidakkan rasa bersalah. Sebesar-besarnya. Sedalam mana sayang aku pada kalian, sayangkah aku pada diriku sendiri?  Aku...

Aishiteiru To Itte Kure (Cakaplah, Saya Cintakan Awak) - Pekak dan Bisu

Aishiteiru To Itte Kure . Drama percintaan seorang lelaki kurang upaya (cacat pendengaran dan pertuturan) dengan seorang gadis comel yang sangat ceria. Ini antara drama Jepun kesukaan saya, selepas Oshin . Setelah siri ini tamat siarannya, saya beli CD. Tak terkira dengan jari berapa kali ulang tonton 😊. Lagu tema drama ini, Love, love, love dendangan Dreams Come True serta lagu kanak-kanak versi Jepun,   " Ōki na Furudokei "  ( 大きな古時計 , Jam Lama yang Besar)  pun saya suka juga. Tuan-tuan dan puan-puan, memperkenalkan drama lakonan pelakon Jepun terkenal, Takako Tokiwa dan Etsushi Toyokawa .  Sebelum K-drama mengambil tempat, ramai yang tertarik dengan J-drama dan pelakon popular,  Takuya Kimura . Pelakon Jepun yang sangat terkenal sehingga hari ini. Boleh dikatakan pada ketika itu, di negara kita, lakonan Takuya Kimura dan Takako Tokiwa (pelakon utama wanita yang sama) lebih dikenali melalui drama Beautiful Life . Beautiful Life juga berkisar tentang percint...