Skip to main content

Deritanya Kayap

Ahad pagi 8 September 2019, Emak beritahu rasa sakit dari tengkuk ke sekitar bahu sebelah kiri. Memang ada tompok-tompok merah seperti ruam di bahagian yang disebutkan. Tersentuh sedikit pun rasa sangat sakit. Malah menurut Emak rasa sakitnya seperti terbakar dan pedih.

"Kayap kot" terpacul itu dari mulut.

Teringat salah seorang 'pesakit' dalam kdrama Doctor Room yang terkena kayap. 



Berdasarkan simptom yang saya tonton dalam drama. Sakit kayap tak dapat nak digambarkan. Malah tersentuh sedikit pun rasa sangat sakit.




Kami ke klinik pada Isnin. Biasalah Emak, memang susah hendak dipujuk ke klinik. Ketika di periksa doktor, saya ada bertanya kemungkinan Emak terkena kayap tetapi disangkal doktor. Doktor menduga Emak terkena gigitan charlie. Tahu charlie?




Saya tahu tentang gigitan charlie sejak tahun 1995 lagi. Serangga kecil berwarna oren hitam seakan-akan kerengga tetapi berbisa. Ketika belajar, ramai kawan-kawan terkena gigitan charlie. Saya yang bernasib baik, tidak pernah kena. Alhamdulillah.

Dipendekkan cerita, doktor beri ubat sapu kepada Emak. Malangnya diagnosis doktor tidak tepat. Dalam erti kata lain, salah. Salah itu biasa kita manusia tapi salah di sini termasuk Emak telah diberi ubat yang salah. Sakit Emak bertambah teruk. Emak kemudiannya ke Klinik Pesakit Luar di Hospital Besar (Hospital Kerajaan) di bandar. Nah, betul rupanya telahan saya. Kayap.

Kayap (Shingles) merupakan penyakit yang diakibatkan oleh pengaktifan semula virus yang telah lama tersembunyi di dalam saraf. Penyakit kayap melibatkan dua organ iaitu kulit dan saraf.

Bagaimana virus ini boleh ada dalam tubuh?

Virus ini membuat sarangnya dalam saraf kita selepas kita terkena penyakit cacar air (chicken pox). Waspada bagi bekas penghidap cacar air. Anda berisiko mendapat kayap. Ia tinggal di dalam saraf dan menyerang apabila tahap imun seseorang sangat lemah. Takkala seseorang itu mengalami stress teruk sama ada stress psikologi atau fizikal.

Kayap juga dikaitkan dengan soal kebersihan. Ya manalah tahu mungkin rumah kita bersih tetapi ada tempat-tempat yang mungkin kita jengah yang kotor. 

Siapa berisiko?

Orang-orang tua, ibu-ibu mengandung, kanak-kanak, seseorang yang belum pernah menghidap penyakit cacar air dan lain-lain golongan yang mempunyai tahap imun yang rendah. Penyakit kayap boleh berjangkit. Jadi kurantinkan diri anda apabila terkena penyakit ini.



Dalam drama Doctor Room, pesakit kayap itu merasa sangat sakit walaupun hanya terkena tiupan angin. Kayap dikatakan menyerang dari di tempat tubuh yang paling lemah.

Rawatan

Doktor berikan ubat anti viral dan ubat tahan sakit. Sebagaimana penyakit cacar air, losyen kalamine juga diberikan.

Alhamdulillah itu kali pertama Emak terkena kayap. Setakat hari ini, Alhamdulillah penyakit itu tidak berulang. Harapnya tidak. Kasihan melihat Emak menangung sakit.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...