Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

Roti, Kenangan dan Kudapan Malam Roti Bakar Pisang

Harga roti Gardenia naik. Gardenia jenama roti yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia. Bayangkan ketika PKP pertama kali diumumkan Mei lalu, bekalan roti Gardenia laku keras. Habis di pasaran. Bahkan ada kes lori roti Gardenia dirompak. Penangan Gardenia. Jadi apabila harga roti Gardenia sudah naik, apakah akan mempengaruhi permintaan terhadapnya?   Saya masih ingat waktu saya kecil ada jenama roti, Peladang. Emak selalu beli. Roti bukan makanan kegemaran cuma seingat saya, roti selalu jadi ganti nasi atau makanan berat dan pilihan saya untuk berjimat. Ketika zaman belajar di universiti memang sebuku roti akan digandingkan dengan bekalan serunding atau setin kecil tuna jadi ganti hidangan berat. Tak kira sebelah malam atau siang. Paling haru jadi santapan apabila duit belanja betul-betul kering, alas perut dengan dua ketul bun sekali makan. Saya beli sebungkus roti bun (kebiasaannya 6 ketul sebungkus). Roti bun manis atau roti bun perisa coklat atau kacang merah. Dapat ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...