Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Puding Roti

Menunaikan permintaan suami. Tttaaadddaaa Ini percubaan pertama menggunakan air fryer. Alhamdulillah. Resipi diambil daripada kumpulan masakan facebook air fryer . Bagus betul kumpulan ini. Banyak kongsikan resipi, petua dan banyak lagi. Namun resipi yang saya ambil ini, perlu diolah kerana air fryer kepunyaan saya kecil sahaja kapasitinya. Tengah masak, bau hangit. Rupanya membukit naik roti ini. Apa lagi keluarkan. Tunggu sejuk, potong dua roti ini dan bakar semula. Akan datang saya cuma perlu gunakan separuh daripada aduanan dalam resipi ini. Resipi Puding Roti Bahan-bahan 8 keping roti 1 tin susu cair 3 biji telur 5 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu besar mentega Kismis untuk hiasan Cara Membuatnya 1. Sapukan mentega pada loyang. (Saya sapukan pada setiap keping roti). Roti dicarik-carikkan. Bubuh dalam loyang. (Saya selang selikan roti dengan kismis) 2. Satukan susu cair, gula, telur dan esen vanilla. Whisk bahan-bahan ini. 3. Curahkan adu

Apam Nasi

Sebetulnya sudah beberapa kali berulang ke kedai runcit berdekatan rumah mencari yis segera dan ovalet tetapi hampa. Sudah dua kali suami ke Giant untuk membeli barang keperluan. Pesan suruh belikan. Hampa juga. Bekalan yis segera yang ada di rumah memang tak mencukupi. Ada beberapa jenis kuih berlegar-legar dalam kepala. Kesudahannya saya pilih buat apam nasi. Menyelamatkan lebihan nasi yang agak banyak daripada terbuang. Ramai orang buat kuih muih sepanjang PKP ini. Ramai yang mengeluh kerana asyik ke dapur menyediakan hidangan. Ramai juga memilih untuk berpuasa. Kami pun berpuasa juga. Mengambil peluang sempena 'paksaan bercuti ini'.  PKP buat kedua orang tua semakin resah gelisah. Tidak pernah keduanya selama ini berpergian jauh meninggalkan rumah. Melainkan ya, ketika mengerjakan haji beberapa tahun lalu. Namun itu merupakan sesuatu yang sangat berbeza. Itu perkara yang menggembirakan. Sedangkan PKP aah terlalu banyak yang mengganggu di minda. Kakak ayah dim

Covid 19 Pelajaran Apa Yang Kita Kutip?

Virus ini tak kenal agama, bangsa, negara, umur, pangkat, darjat atau kerjaya. Pukul rata semua. Ada bayi baharu menjenguk dunia mendapat jangkitan. Ada kerabat diraja dijemput pergi selamanya. Ada pemimpin dunia sedang berjuang melawan maut. Orang-orang ternama. Orang-orang di sekitar yang kita kenali. Ada yang tidak pernah kita kenali tapi sama kita tangisi. Melihat ambulan datang menjemput  mereka pergi. Melihat pengkebumian yang tidak pernah dijangkakan sebegitu adanya.   Ketika kes positif bertambah setiap hari dalam jumlah yang banyak sehingga mencecah 233 kes. Gundahnya rasa hati. Walaupun kini pertambahan kes di negara kita, tidak mencanak naik. Bilangan yang pulih semakin ramai. Alhamdulillah tetapi masih bukan tiket untuk berlapang dada. Tidak juga rasa lega kerana seluruh dunia berperang melawan musuh yang tidak kelihatan. Semalam diumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung lagi. Pertambahan 14 hari lagi. Emosi sudah mula berkecamuk. Ada pelbag