Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Agar-agar Santan Kotak

Puasa. Itu pilihan saya melalui hari-hari selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Itu lebih baik. Tekak rasa teringin hend ak makan masakan manis dan sejuk untuk berbuka. Belek-belek resipi, akhirnya pilih buat agar-agar santan.  Apapun pilihan, kena ambil kira bahan-bahan untuk membuatnya. Sebaik-baiknya guna bahan-bahan yang sudah sedia ada di rumah. Penting juga guna bahan-bahan itu secara minimum sahaja. Misalnya, telur. Saya tak nak gunakan resipi yang gunakan banyak telur. Telur ini kegemaran keluarga. Jadi saya kena gunakan telur secara berhemah. Saya memang cari resipi menggunakan santan kotak. Mana nak dapat kelapa parut atau santan asli dalam PKP ini. Keluar ke kedai. Semata-mata sebab santan. Tak apalah. Pakai sahaja santan kotak. Saya gunakan resipi Naz@ovenkecil. Terima kasih. Agar-agar Santan Kotak Bahan-bahannya: 1 paket serbuk agar-agar 10 gram 1 liter air (4 cawan) 200 gm gula pasir (anggaran 1 cawan) 1 kotak santan (saya guna sant...

Roti Goreng Ranggup

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, roti antara yang paling susah diperolehi. Pengeluaran pun mungkin jadi terhad berikutan kesukaran untuk dapatkan sumber bahan mentah serta tenaga pekerja dan urusan logistik. Menjadikan semuanya terbatas. Memburukkan keadaan apabila ada di antara kita yang membeli melebihi daripada keperluan sebenar. Pelik juga beli roti banyak-banyak padahal jangka hayat roti, pendek. Kalau beli banyak untuk disedekahkan, memang bagus. Sila beli dan sedekahkan lagi. Pada masa dan ketika begini rasa terkilan sedikit sebab hajat membeli bread maker asyik tertangguh dari setahun ke setahun. Pegang, belek dan letak semula. Baca review tak tahu sudah berapa banyak kali cuma memang tak beli-beli juga. Fikir pasal ruang. Fikir pasal kekerapan untuk menggunakannya nanti. Paling senang fikir dalam kerangka jangka pendek, apa susah hendak makan beli sahaja di kedai. Yes! Yes! Yes! Tapi kan ada bread maker sahaja pun tak guna kalau tak ada tepung r...

Covid 19 Nikmat Dunia Yang Sementara

Semalam, Perdana Menteri umumkan lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April 2020. Bermula 18 Mac 2020 sehingga semalam 25 Mac 2020, baharu beberapi hari namun terasa sangat nikmat dunia ini bersifat sementara. Terasa benar kebesaran kuasa Yang Maha Esa. Cara Tuhan menegur hambaNya. Menarik nikmat yang dipinjamkanNya. Setiap hari ternanti-nantikan khabar terkini daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Norhisham Abdullah. Sama ada melalui berita ataupun facebook beliau. Setiap hari pertambahan kes-kes baharu. Setiap hari juga ada pengumuman kematian.  Ampuni kami Ya Allah. Kami hambaMu yang penuh dengan dosa. 

Tuhan Tak Pernah Jauh

Apabila kau di tolak ke sudut yang paling gelap, hilang punca. Mencuba untuk berdiri. Mencari tempat untuk berpaut. Mengharapkan tangan untuk dipimpin.  Tidak cukup hanya berserah diri kepada Yang Maha Esa. Hidupmu perlu diteruskan. Berpantang maut sebelum ajal . Kau mesti gagahkan diri untuk berdiri. Berjalan biarpun harus meraba dalam kegelapan. Kerana kau percaya, yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang . TuhanMu menuntut kau berusaha. TuhanMu takkan biarkan kau sendirian, meski kau merasa dirimu hilang panduan. Dunia inilah yang menghimpunkan orang-orang kejam. Penuh tipu daya. Orang yang menghulur tangan kirinya untuk memeluk tetapi tangan kanannya menghunus pisau, bersedia menikam belakangmu.  Dia di hadapanmu, saling bercucuran air mata. Meratap dan hiba.  Menanam tebu di pinggir bibir . Lembut gigi daripada lidah . Rupanya, telunjuk lurus, kelengkeng berkait . Sebetulnya hidupnya seperti musang. Ketika ...

Menagih SimpatiMu Tuhan

Sungguh-sungguh Tuhan itu Maha Mengerti Sungguh dengan sarat rasa simpati Kasih yang tidak bertepi Kelmarin dengan rahmat Kau akhiri kegersangan Meski sekejap Kemudiannya semalam bumi benar-benar basah Basah dengan rahmatMu Tidak terlintas untuk mempersoalkan Kenapa aku? Mengapa aku? Hanya dengan simpatiMu RahmatMu Aku merayu jangan Kau tinggalkan aku Kuiringi doa Kutitipkan doa Ketika aku berteleku padaMu Saat aku bersandar lagi di bahuMu Hanya simpati Hanya ihsan Hanya kasih sayangMu Kutagih Wahai Tuhan yang menurunkan hujan rahmat Aku bermohon padaMu Berkatilah hidup kami Permudahkanlah urusan kami Berikanlah kami jalan keluar yang terbaik Tuhan Jauh di sudut hatiku Aku tahu Kau tak pernah tinggalkan aku - 3 Mac 2020 -

Di Sebalik Kepulan Awan Gelap

Merenung ke langit Ada kepul-kepul awan gelap Memayungi kepulanganku Walau hari tetap cerah petang itu Tapi suram Kukira akan adanya rahmat  Kiriman Tuhan Syukur Lewat hari-hari kebelakang Bahang Perit Panas mencengkam Kepul-kepul awan gelap Kuharapkan petanda keramat Sangka itu meleset Kepulan awan gelap itu  Mengiringi berita duka Kepulan awan itu  Simpati dari langit Aku yang gagal menafsir Hujan tidak turun Sebaliknya akulah yang menumpahkan hujan -2 Mac 2020- 5:28 petang