Hari ke 4 (29 November 2019)     Suhu makin jatuh. Sekitar 3 darjah selsius sahaja pada pagi itu. Bagaimanapun cuaca cantik. Kali pertama nampak cahaya mahatari terang benderang di bumi London. Berpecah pada tiga kumpulan. Satu keluarga rasa tak puas main di taman, pergi pula ke taman berdekatan apartment kami di  Paddington . Seterusnya mereka hendak ke Primark Oxford Street, sekali lagi. Satu kumpulan lagi menguruskan pertukaran apartment. Kami pula naik bas untuk ke  Wembley .     Agak jauh juga dari apartment di Harrow Road. Sekitar perjalanan nampak banyak kedai-kedai milik orang Muslim dari kedai runcit, pasar raya kecil, kedai gunting, kedai makan dan sebagainya.        Berpusing-pusing untuk mencari pintu masuk ke stadium. Ada beberapa pintu masuk tetapi bukan semuanya di buka. Kami cuma bergambar di sekitar  Wembley Stadium, Wembley Library  dan  The SS Arena  sahaja.          Untuk  stadium tour ,  £ 20.00 akan dikenakan seorang. M...