Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Pop Corn Kasih Sayang

Petang semalam, saya dapat sebungkus kecil pop corn . Yeah! Abang Ngah belikan sebungkus pop corn  menggunakan duit belanjanya, untuk setiap orang. Semua orang dapat. Anak ini memang istimewa orangnya. Terus rasa sihat, segar bugar. Terima kasih sayang. That just made my day!

Defendant

Hanya tinggal lagi 2 episod, maka tamatlah drama bersiri " Defendant " atau " Innocent Defendant ".  Dup dap dup dap jantung melayan drama ini. Clap clap clap gandingan hebat pelakon-pelakonnya terutama dua peneraju ini iaitu Ji Sung sebagai Park Jung Woo, pendakwaraya yang diperangkap oleh Uhm Ki Joon yang memegang dua watak kembar iaitu Cha Sun Ho dan Cha Min Ho. Malangnya Park Jung Woo hilang ingatan akibat tekanan dan terlalu terkejut dengan kematian isterinya yang berlaku secara tiba-tiba. Mayat anaknya juga dikatakan telah hilang. Pukulan yang paling hebat adalah dirinya sebagai pelaku jenayah kejam itu. Ingatanya sepanjang jenayah kejam itu berlaku hilang kerana menurut doktor, beliau sendiri tidak mahu mengingatinya. Beliau hanya menginginkan memori indah yang berlaku sebelum kejadiaan itu sahaja. Baru saya tahu otak boleh mengikut kata hati sehingga ke tahap itu. Ingatan tentang kejadian jenayah itu datang sedikit demi sedikit dan lambat m...

Mengenang Amir Yusuf bin Nurul Fajar

Ketika mengemas saya terjumpa coretan tangan ini. Oh! Ini saya coretkan lama dahulu untuk seorang rakan maya yang ketika itu jauh di bumi Glasgow. Beliau dan isteri ketika itu melanjutkan pelajaran sambil ditemani oleh dua orang anak mereka. Bagaimanapun anak mereka, Amir Yusuf yang lahir di sana, sakit sejak dari hari kelahirannya pada 27 Jun 2008 dan kembali semula kepangkuan Ilahi pada 6 Mac 2009. sekalipun deru angin takkan bisa menitipkannya rindu itu takkan hilang meskipun tahun beranjak angka musim berganti musim hari menjelang hari berdetik waktu berlalu sesaat tidak terlewat rindu itu tetap bertapak biarpun bibir berhenti berkata di hati masih menutur rindu getar rindu di sanubari terus basah tetap hangat kenangan mencipta sejarah di mata terbayang-bayang tidur malam termimpi-mimpi selagi nadi berdenyut hela nafas rindu setia menemani percayalah anakanda tanpa jemu rindu akan terus bertamu Arwah Amir Yusuf ini sebaya dengan ...