Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Anakanda (Pelangi Yang Indah) 24 Julai 2016 - 27 Julai 2016

Selamat pulang semula anakanda ke pangkuan Ilahi. Terima kasih kerana sudi hadir walaupun sekejap. You are such a beautiful rainbow. Sahabatku, Zalipah dan Raffiee, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. I wish I could be there with both of you. Maafkan saya. Insyaallah akan ada sesuatu yang lebih baik menanti kalian sekeluarga.

Berlindung di Balik Telunjuk

Ia mengambil masa. Lebih daripada setahun. Bahkan tidak juga dua tahun. Ianya masih basah dalam ingatan. Meski luka yang panjang dan dalam itu, sudah menjadi parut. Sakitnya sudah tak terasakan. Namun melupakannya, belum mampu. Benarlah bangkai gajah tak selamanya dapat dilindungkan. Busuk bau bangkai sudah terhidu.  Barangkali sedari mulapun busuk baunya sudah menusuk tetapi tak diendahkan. Kini sudah memburuk. Kebenaran itu sudah semakin jelas. Tersingkap pada Jumaat yang mulia. Benarlah janjiMu, Tuhan. Tidak aku melonjak, gembira. Tidak aku menangis, bahagia. Bertepuk tangan jauh sekali. Syukur pada Yang Esa, setahun, dua tahun, tiga tahun, walau berapa lama sekalipun masanya. JanjiNya, kebenaran akan menang telah tertunai. Kau akui ataupun tidak, bukan kudis bagiku. Ianya kini sama seperti berlindung di balik telunjuk. Jumaat 10 Syawal 1437 15 Julai 2016

Tak Mahu Pergi Sekolah

Kebiasaannya dia yang paling mudah bangun pagi. Tak perlu jerit-jerit. Tak payah nak kejutkan berkali-kali. Sekali kejut, dia akan terus duduk. Tak perlu nak iring ke bilik air. Dia tahu apa yang patut dibuat tapi pagi ini... Dia bangun apabila dikejutkan. Lambat tak seperti selalu. Duduk seperti biasa tapi dia tidak mahu bangkit mandi. Berkali-kali disuruh. Sampai terpaksa percikkan air ke mukanya. Hari ini, dia tidak terus masuk ke bilik air. Dia duduk di birai katil dan menangis. Menangis dan terus menangis.  Memang susah hendak mendengar dia mengadu itu dan ini. Tambah-tambah dalam keadaannya begitu. Seisi teka meneka pun bermula. "Sakit perut ke?"  Geleng "Sakit kepala ke?" Geleng "Rasa nak demam?" Geleng "Tak nak pergi sekolah?" Angguk "Ada bergaduh dengan kawan ke?" Geleng "Cikgu marah?" Angguk "Cikgu marah kalau nakal. Jangan usik kawan. Jangan buat nakal" Terus menangi...