Skip to main content

Hidup dan Pilihan

Apabila kau jatuh ke lembah yang kotor dan gelap. Tatkala kau perlukan bantuan dan semangat untuk bangkit dari kekotoran dan bau busuk yang menusuk, siapakah yang akan menghulurkan tangan? Apakah yang akan terjadi, sekiranya si dia yang tersayang, yang kau cintai, paling dipercaya, juga akan turut menghindar. Membiarkan kau meraba-raba.


Sejarah itu cerita hidup, yang benar, yang nyata. Pengalaman. Pedoman. Panduan. Ini cerita sejarah fiksyen tapi tidak dapat tidak menyangkut realiti hidup tentang pilihan.

Hidup ini menarik. Ujian untuk manusia itu, samaada kecil mahupun besar, mampu memberi impak dalam menentukan haluan yang di pilih. Malah daripada ujian, kita mampu membuat penilaian kawan dan lawan.

Setiap daripada kita diberikan pilihan. Kita yang menentukan pilihan apa yang perlu diambil. Setiap pilihan ada kesan samaada kepada diri kita atau orang lain. Soalnya, adakah kita akan mampu menerima kesan daripada pilihan yang kita buat? Berdirikah kita dengan tetap dan tegak, mengakui bertanggungjawab atas pilihan yang telah dilakukan?

Pilihan yang kita dibuat, jika tidak kita mempersoalkannya kembali, ianya akan dipersoalkan oleh orang lain juga. Sudah tentu akan dipersolkan di hadapan Yang Maha Esa kelak. Sebelum Yang Berkuasa menentukan salah benarnya kita, akan ada penilaian dan hukuman yang dijatuhkan ke atas kita. Tanpa mereka memikirkan, adakah mereka berhak ataupun tidak?


Walaupun terkadang, kita membuat pilihan tanpa sedar atau sememangnya sedar pilihan yang dipilih berisiko besar. Tidakkah sekitar punya peranan, mengubah pendirian atau mendorong membuat pilihan? Tidakkah terkadang dek kerana upaya kita yang disedari mungkin mampu menggugat posisi orang lain, maka kita didorong ke sudut sempit dan gelap? Tidakkah kerana pilihan orang lain juga, boleh mendesak kita memilih haluan yang berbeza? Sedang hati dan fikir, saling bertingkah.

Saat diri dipijak, dihenyak, terperosok tanpa bantuan dan belas ehsan. Hidup dalam pasungan. Hendak melawan tiada kuasa dan upaya. Sekalian yang ada disekeliling, mula menghindar. Satu demi satu. Apakah kita hanya menyerahkan nasib kepada takdir semata?

Ketika Boon Yi berasa sudah hilang arah, serasa semua usahanya menemukan jalan buntu, Lee Bang Won menyarankan beliau tunduk pada nasib. Nasib malang seorang petani yang tak punya kuasa dan upaya ke atas pemerintah. Saranan itu dibalas dengan tamparan seraya berkata, "Selagi kita hidup, kita perlu lakukan sesuatu" tetapi kini Boon Yi memohon, "Sukar untuk patik katakan ini kepada tuanku. Tuanku telah banyak meyumbang untuk mewujudkan kerajaan baru ini. Jadi tak bolehkah tuanku menerima semua ini dengan menikmati hidup sebagai seorang putera raja tanpa perlu bersusah payah lagi?" Buat Lee Bang Won, ini kenyataan yang lebih menyakitkan daripada tamparan yang pernah diterimanya suatu masa dahulu daripada Boon Yi.

Six Flying Dragons, semakin menarik untuk ditonton. Kini semua mata terarah kepada Sambong. Setelah Lee Bang Won berkorban dan berjasa. Semua sumbangan dan pengorbanan itu dilenyapkan oleh satu pilihan terdesak. Pilihan yang akhirnya menyelamatkan nyawa semua yang tidak berdosa. Namun atas pertimbangan oleh orang yang ada kuasa, itu diputuskan sebagai pilihan yang salah. Keadilan ciptaan manusia. Kalau pun benar ada kesalahan atas pilihan yang dibuat, setidak-tidaknya sumbangan dan pergorbanan masih lagi bernilai. Semacam Lee Bang Won telah dipergunakannya untuk mencapai cita-citanya. Kemudian menjadi kambing hitam kerana seperti katanya, "Bukankah sebetulnya beta memang tidak disediakan tempat dalam perancangan guru dan kerajaan ini, sejak dari awal-awal lagi."


Sejarah. Salah satu yang saya belajar tentang sejarah adalah siapa penguasa? Sejarah akan ditulis condong ke arah penguasa. Penguasa yang menentukan kebenaran atau terlindungnya sesuatu fakta sejarah. Menonton Six Flying Dragons dengan mengetahui reputasi serta kontroversi yang dicipta oleh King Taejong of Joseon atau Putera Jeongan Lee Bang Won tetapi daripada adunan yang dikatakan berbeza oleh penulis skripnya. Manipulasi ataupun tidak, yang pasti ianya dimulakan dengan pilihan

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...