Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Tahniah - Punch (Korean Drama)

Dalam banyak-banyak drama Korea yang saya tonton, Punch adalah drama yang sangat saya suka ( entah bilalah saya hendak sudahkan post cinta Park Jung Hwan dan Shin Ha Gyung hahaha ). Bagi bukan orang filem macam saya, yang bukan pandai pun menilai aspek-aspek perfilemen ini, perkara-perkara yang boleh buat saya sukakan drama ini adalah kerana jalan cerita, mesej cerita dan keberkesanan lakonan pelakon-pelakonnya. Walaupun pelokon pembantu, lakonan mereka bagus. Tambah lagi satu, pengucapan dialog. Saya suka dialog-dialog yang mereka tuturkan. Ada kelainan. Terutama dialog yang dituturkan oleh Jo Jae Hyun.  Lambat mungkin tetapi di sini saya menzahirkan, kalungan tahniah buat semua yang menjayakan drama Punch. You did a great job . Saya sebenarnya menjangkakan drama Punch akan dihujani banyak anugerah tetapi tekaan saya meleset. 51st Baeksang Arts Award Park Kyung Soo menang Lakon Layar Terbaik 15th Gwangju International Film Festival Jo Jae Hyun (Lee Tae Joon) men...

Hidup dan Pilihan

Apabila kau jatuh ke lembah yang kotor dan gelap. Tatkala kau perlukan bantuan dan semangat untuk bangkit dari kekotoran dan bau busuk yang menusuk, siapakah yang akan menghulurkan tangan? Apakah yang akan terjadi, sekiranya si dia yang tersayang, yang kau cintai, paling dipercaya, juga akan turut menghindar. Membiarkan kau meraba-raba. Sejarah itu cerita hidup, yang benar, yang nyata. Pengalaman. Pedoman. Panduan. Ini cerita sejarah fiksyen tapi tidak dapat tidak menyangkut realiti hidup tentang pilihan . Hidup ini menarik. Ujian untuk manusia itu, samaada kecil mahupun besar, mampu memberi impak dalam menentukan haluan yang di pilih. Malah daripada ujian, kita mampu membuat penilaian kawan dan lawan. Setiap daripada kita diberikan pilihan. Kita yang menentukan pilihan apa yang perlu diambil. Setiap pilihan ada kesan samaada kepada diri kita atau orang lain. Soalnya, adakah kita akan mampu menerima kesan daripada pilihan yang kita buat? Berdirikah kita dengan tetap dan te...

Belasungkawa Prof Madya Cik Salmah Salleh

Awal pagi ini saya terima berita sedih. Guru saya, cikgu saya, pensyarah saya, mentor saya, Prof Madya Cik Salmah Salleh telah kembali ke rahmatullah. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan mendokan roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihiNya. Melalui seorang rakan, saya dimaklumkan jenazah beliau akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Kuantan Klang akan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ku Hassan pada pagi ini. Arwah mengajar saya mata pelajaran yang sukar buat saya iaitu Cataloguing. Terlalu banyak kenangan. Suka dan duka. Manis dan pahit. Pernah menimba ilmu daripada beliau di bawah pokok kelapa kerana kami ketika itu menumpang di bangunan KSPU dan entah di mana silapnya, jadual bertindih dengan 'tuan tanah'. Akibatnya kami beralah keluar dari kelas dan belajar di hadapan pejabat LS, di bawah pokok kelapa, di hadapan longkang atau di bawah tangga dan di ceruk-ceruk yang mana ada ruang untuk belajar. Usung ke ...