Skip to main content

Bagaimana Anyss Naik Ke Langit? @ Bahlut

Antara Bagaimana Anyss Naik Ke Langit? dengan Bahlut, mana satu pilihan anda? Saya lupa sama ada saya baca entah akhbar atau majalah atau dengar sendiri wawancara, Faisal Tehrani pernah berkata, karyanya adalah untuk membela nasib golongan minoriti.



Kedua-duanya menyentuh isu orang asal di negara kita. Usai membaca Bagaimana Anyss Naik Ke Langit?, saya menelek semula Bahlut. Mengangkat isu yang sama, sisi negetif sektor pembalakan. Tidak banyak beza isu yang dibawanya.

Bahlut setebal 398 halaman termasuk glosari, dicetak atas kertas bermutu sepadan dengan harganya. Saya beli novel ini pada tahun 2010 di MPH Mid Valley. Beza dengan lain-lain karya Faisal Tehrani, watak utama Bahlut adalah seorang lelaki. Remaja lelaki yang kehilangan kedua orang tuanya. Bukan hilang kerana meninggal dunia tetapi hilang kerana dikhianati. Lapis-lapis perjalanan cerita dalam Bahlut, mudah difahami. Biarpun membawa mesej berat dan membawa isu yang kurang dapat perhatian masyarakat. Cuma dalam Bahlut, orang asal yang ikut sama terlibat dalam sisi gelap. Dalam Bahlut, Bahlut tampil ke hadapan membela orang asal. Bahlut wiranya.   

Kalau saya ditanya, baguskah novel terbaharu penulis ini? Saya akan jawab, saya tidak puas membaca Bagaimana Anyss Naik Ke Langit?. Saya rasa penamat cerita dalam keadaan tergesa. Rasa macam, eh dah habis?! Hahaha... Itu kalau saya ditanya. Eh, sekarang tak ditanya pun saya telah bercerita. Pendapat orang lain mungkin lain. Mungkin penamat semacam itu dikira sebagai elemen kejutan. Mungkin.

Bagaimana Anyss Naik Ke Langit?, hanya tajuknya sahaja yang panjang. Novel ini lebih nipis. Hanya 112 muka surat. Sekali lagi sepadan dengan harga. Saya beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Bikin kontroversi apabila kini MPH memilih untuk tidak memasarkan novel ini. Hmmm. Masih memainkan isu yang sama, sisi gelap dalam sektor pembalakan. Namun kali ini penghasilan karya lebih serius dan berani. Sisipan akhbar-akhbar berkenaan dengan sisi gelap sektor pembalakan turut dipaparkan, menguatkan cerita. Malahan lambakan dalam satu ini, membuatkan pembaca membuka mata, betapa serius dan besarnya isu ini. Lebih mewakili realiti. Bagaimana Anyss Naik Ke Langit menangkat Profesor Anyss diangkat wira yang sanggup menggadaikan nyawa memperjuangkan nasib kaum wanita orang asal yang dinodai.  

Pencabulan hak asasi, kemanusian, minoriti dianak tiri, dolak dalih pihak berkuasa, masih isu ini dipandang sepi apa lagi untuk mendapat perhatian atau dikasihani. Seperti melukut di tepi gantang. Jika benar ingatan saya tentang niatnya untuk membela, niat itu telah terlaksana. Sekurang-kurangnya dalam satu bentuk, menyedarkan khayalak; "Mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiridiperlakukan sebagai mangsa?"

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...