Takziah untuk seluruh waris dan kawan-kawan Abang Fahim. Mior Zakuan, harap awak tabah. Abang Fahim adalah kawan sekampung dengan saya. Kami juga kawan sekolah. Bersekolah rendah dan menengah yang sama. Abang Fahim tua setahun daripada saya adalah orang baik sepanjang saya mengenalinya. Malah saya pernah pinjam nota sejarah daripada Abang Fahim ketika tingkatan enam. Kebetulan Cikgu Sharif yang mengajar Sejarah bertukar ke sekolah lain. Saya perlukan nota Cikgu Sharif. Salinan nota tulisan tangan Abang Fahim itu, masih saya simpan. Sekali sekala masih saya rujuk kerana saya memang minat dengan pelajaran Sejarah.
Berita Abang Fahim ditemui lemas di Sungai Tengku Rancangan Penempatan Semula (RPS) Bainun, Gerik memang mengejutkan kami sekeluarga. Kedua orang tua yang berada di rumah saya yang menyampaikan berita ini kerana saya betul-betul tak perasaan berita tentangnya di akhbar. sekiranya kedua mereka ada di Tambun tentu mereka akan ikut sekali menziarahi arwah. Sayu sekali melihat waris Abang Fahim di dalam akhbar. Al-fatihah. Semoga roh Abang Fahim ditempatkan bersama-sama orang-orang yang dikasihiNya, amin.
Comments
Post a Comment