Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Al Fatihah - Allahyarham Asisten Supritenden (ASP) Mior Fahim Ahamd

Takziah untuk seluruh waris dan kawan-kawan Abang Fahim. Mior Zakuan, harap awak tabah. Abang Fahim adalah kawan sekampung dengan saya. Kami juga kawan sekolah. Bersekolah rendah dan menengah yang sama. Abang Fahim tua setahun daripada saya adalah orang baik sepanjang saya mengenalinya. Malah saya pernah pinjam nota sejarah daripada Abang Fahim ketika tingkatan enam. Kebetulan Cikgu Sharif yang mengajar Sejarah bertukar ke sekolah lain. Saya perlukan nota Cikgu Sharif. Salinan nota tulisan tangan Abang Fahim itu, masih saya simpan. Sekali sekala masih saya rujuk kerana saya memang minat dengan pelajaran Sejarah. Berita Abang Fahim ditemui lemas di Sungai Tengku Rancangan Penempatan Semula (RPS) Bainun, Gerik memang mengejutkan kami sekeluarga. Kedua orang tua yang berada di rumah saya yang menyampaikan berita ini kerana saya betul-betul tak perasaan berita tentangnya di akhbar. sekiranya kedua mereka ada di Tambun tentu mereka akan ikut sekali menziarahi arwah. Say...

Rotavirus, Cacar Air @ Chicken Pox

Kasihan Adik Fitri. Tiba-tiba sahaja pada pagi Jumaat itu muntah dan muntah. Muntah itu berterusan sehingga tidak ada apa lagi yang keluar melainkan air liur. Episod kesakitan berterusan dengan cirit birit pula. Sejak 1:30 pagi itu, seterusnya memang sepincing pun mata ini tak boleh lelap. Risau sangat. Belum pernah Adik Fitir sakit sebegitu. Bahkan anak-anak yang lain juga tidak pernah. Selepas subuh, Adik Fitri mula rasa lapar. Apa tidaknya, segala isi perut sudah habis keluar. Adik Fitri mula menyusu tetapi sedihnya, setiap kali habis menyusu, muntah dan cirit silih berganti. Maksudnya, tidak ada apa-apa yang boleh masuk ke dalam badannya. Dalam kepala saya sudah ada rotavirus besar-besar tulisannya. Saya beri air masak, air itu pun dimuntahkan juga. Hasrat ke klinik dibatalkan sebaliknya kami terus ke Hospital Ampang selepas suami berjaya menghubungi kakitangannya sewaktu di sana. Urusan jadi mudah kerana itu. Terima kasih kalian semua. Setelah beberapa jam di...

Bagaimana Anyss Naik Ke Langit? @ Bahlut

Antara Bagaimana Anyss Naik Ke Langit? dengan Bahlut , mana satu pilihan anda? Saya lupa sama ada saya baca entah akhbar atau majalah atau dengar sendiri wawancara, Faisal Tehrani pernah berkata, karyanya adalah untuk membela nasib golongan minoriti. Kedua-duanya menyentuh isu orang asal di negara kita. Usai membaca Bagaimana Anyss Naik Ke Langit? , saya menelek semula Bahlut . Mengangkat isu yang sama, sisi negetif sektor pembalakan. Tidak banyak beza isu yang dibawanya. Bahlut setebal 398 halaman termasuk glosari, dicetak atas kertas bermutu sepadan dengan harganya. Saya beli novel ini pada tahun 2010 di MPH Mid Valley . Beza dengan lain-lain karya Faisal Tehrani, watak utama Bahlut adalah seorang lelaki. Remaja lelaki yang kehilangan kedua orang tuanya. Bukan hilang kerana meninggal dunia tetapi hilang kerana dikhianati. Lapis-lapis perjalanan cerita dalam Bahlut, mudah difahami. Biarpun membawa mesej berat dan membawa isu yang kurang dapat perhatian masy...