Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

#PRAYFORMH370

Tiba-tiba Malaysia jadi tumpuan dunia. Saat negara belum reda dengan masalah air hingga terpaksa dicatu. Cuaca panas, habis kering tumbuhan waima rumput di jalanan. Udara keruh dengan jerebu, menutup pandangan. Kes perbicaraan #BringShalAzizulHome atau #sweedenletthemgo serta isu politik yang menjengkelkan. Tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita yang sangat mendukacitakan ini. Pesawat MH370 hilang dalam penerbangannya ke Beijing, China pada pagi Sabtu 8 Mac 2014. Segala macam spekulasi timbul. Setakat ini belum ada petunjuk di mana kapal terbang ini berada. Allah SWT sahaja yang tahu, apa yang ada di langit dan di bumi. Allah SWT sahaja yang tahu. Ini kebesaran kuasa Allah SWT. Tidak mustahil juga, akan ada keajaiban milik Allah SWT. Kalau ada tangan-tangan ghaib di sebalik musibah ini. Ianya tak boleh lari dari pengetahuan Allah SWT. Suatu masa akan terlerai juga dengan izin Allah SWT. Bila? Rahsia Allah SWT. Cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Biar apapun agama, b...

Kek Pisang Matt Preston

Siapa peminat MasterChef Australia mesti kenal Matt Preston . Kalau hendak dibandingkan, saya lebih suka menghadap episod MasterChef Australia daripada tengok MasterChef Malaysia atau MasterChef USA . Junior MasterChef Australia pun bagi saya, menyeronokkan. Seronok sebab cara pertandingan itu dikendalikan dan tidak ada banyak adegan-adegan pergaduhan dan kata mengata antara satu sama lain yang melampau. Lumrah kalau ada yang tidak puas hati atau kecewa. Al maklum kita manusia biasa tapi masih terkawal. Apa-apapun terpulang pada citarasa masing-masing. Saya cuba buat kek pisang Matt Preston sebab resepinya nampak mudah untuk dibuat. Saya memang cari yang senang dan ringkas sahaja untuk dicuba. Percubaan pertama yang tidak mengecewakan. Alhamdulillah. Kek ini saya bawa sebagai buah tangan. Nampak gebu. Ada juga hasil menghadap televisyen. Menambah koleksi resepi kek pisang yang ada dalam simpanan. Hero cilik yang seorang tu memang suka makan kek pisang. Cuma saya tak kua...