Skip to main content

Kebakaran - Api, Kecil Menjadi Kawan, Besar Menjadi Lawan

Kata pepatah, malang itu tidak berbau. Itu yang terjadi pada tarikh 22 yang lepas kira-kira jam 2:00 pagi. Kebetulan ketika itu saya sedang menukarkan lampin anakanda, satu letupan kuat sehingga rumah kami terasa gegarannya. Terus saya kejutkan suami. Kami nampak dari tingkap bilik, salah sebuah rumah kedai di tingkat paling atas terbakar. Api marak.

Kami keluar. Jiran-jiran pun keluar. Suami cuba beberapa kali menghubungi pihak bomba. Kemudiannya memaklumkan, sudah ada lebih daripada 3 panggilan kecemasan melaporkan tentang kebakaran itu. Semua resah. Hendak dekat memang tidak berani. Runtuhan konkrit dan cermin besar dan kecil tak henti-henti jatuh. 


Masing-masing berharap tidak ada orang di dalam bangunan. Harap juga api tidak marak dan merebak. Ada sebuah kereta betul-betul di hadapan rumah kedai yang terbakar. Kami tertanya-tanya milik siapa kerana kereta-kereta milik jiran-jiran yang parkir berhampiran, semua telah dialihkan.

Tiba-tiba ada seorang lelaki turun, mengejutkan semua yang ada. Keadaannya sangat-sangat menyedihkan. Rambutnya telah terbakar. Gondol. Pakaiannya juga. Tinggal cebisan-cebisan seluar sahaja melilit di pinggang. Astagfirullahhalazim. Besar sungguh kuasaNya. Masih mampu lelaki itu berjalan mencari perlindungan. Orang-orang lelaki bergegas menghampiri. Ada yang berteriak minta kain. Saya masuk mencapai kain batik sehelai tetapi ada yang lebih pantas membawakan pelikat. Kata suami, tubuh lelaki itu melecur teruk. Tidak henti-henti merintih, panas dan rasa hendak mati. Jiran kami bergegas membawanya ke hospital. (Gambar yang saya rakamkan ini setelah mangsa turun menyelamatkan diri. Api sudah tidak semarak waktu kami menyedari kebakaran berlaku.)

Bomba, polis, JPA3 dan lain-lain pasukan keselamatan hanya tiba selepas 25 minit. 5 buah kereta bomba kerana melibatkan kebakaran bangunan. Mangsa kebakaran telah ke hospital sebelum mereka tiba. Api mujurlah sudah beransur padam. Jadi bomba tidak mengambil masa yang lama memadamkannya. Keadaan sekeliling sudah jadi seperti pesta yang menghimpunkan begitu ramai orang yang datang entah dari mana. Saya tidak lama di luar rumah tetapi mata tidak boleh lelap. Suami cuma masuk ketika jarum jam hampir ke nombor 4.

Sudahnya saya pergi kerja dalam keadaan mengantuk yang amat sangat. Tidur cuma sekitar dua jam. Cuba untuk menyegarkan mata dengan kopi tetapi gagal. Semua perasan muka mengantuk saya. Memburukkan keadaan, saya diminta menghadiri kursus pada hari yang sama. Kebakaran itu turut dilaporkan juga di dalam akhbar tabloid keesokkan harinya dengan beberapa laporan yang tidak begitu tepat. Itu pada pandangan kami sebagai saksi kejadian sebenar. 


Kebakaran itu telah memusnahkan dua buah rumah kedai. Sebuah di tingkat dua menempatkan pejabat. Gambar ruang pejabat itu dirakamkan dalam akhbar. Sebuah lagi adalah yang disewa mangsa merupakan stor barangan alat tulis. Kebakaran bermula dari sini. Sebuah kereta juga musnah dihempap runtuhan konkrit. Menurut anggota keselamatan, mereka lewat kerana tersesat. Mereka berjaya sampai pun dengan bantuan orang ramai yang menunjuk arah. Menjawab persoalan kami tentang kelewatan kerana balai bomba ada beberapa buah tidak begitu jauh jaraknya dari kediaman kami. Pihak majlis bandaran tempatan, sila beri perhatian tentang perkara ini.


Mangsa telah pergi buat selama-lamanya menghadap penciptaNya, beberapa hari lalu. Walaupun semangatnya kuat untuk terus hidup namun urusan hidup dan mati tetap aturan Yang Maha Kuasa walau apapun anutan agamanya. Takziah buat keluarganya. Kereta yang musnah itu juga milik mangsa. Punca kebakaran?

Ada banyak spekulasi. Harapnya pihak berkuasa berjaya merungkai dan menyelesaikannya. Masih terasa jelas semua yang berlaku itu. Api seperti kata pepatah, kecil menjadi kawan. Besar menjadi lawan.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...