Skip to main content

Baharu

Antara tanda-tanda akhir zaman adalah masa berlalu bagaikan tak terasa. Sekarang sudah 2014. Terasa sekejap betul masa beredar.

Saya tak tahu orang lain tetapi saya termasuk dalam golongan rakyat yang rasa perit. Bermula tahun 2014 dengan segala macam kenaikan, memang terasa sukar.

Bayangkan apabila subsidi harga gula dikurangkan. Harga barang makanan dan minuman mula naik kerana kenaikkan kos bahan mentah iaitu gula. Apabila diumumkan harga minyak dan tarif elektrik naik, ianya lebih memburukkan keadaan. Dengar-dengarnya harga air juga akan naik kerana kos merawat air menggunakan tenaga elektrik. Kos logistik, kos menyelenggara turut naik. Jadi bukan hanya nasi lemak naik harga tetapi harga rumah juga meningkat. Harga bahan mentah seperti simen dan sebagainya naik, jadi mengapa pula harga rumah tidak ikut naik? Nilai hartanah pun meningkat, cukai taksiran yang perlu dibayar pun naik.

Pendek kata, tahun 2014 ini serba serbi harga baharu. Taska harga baharu. Antara lain alasannya hendak naikkan gaji pengasuh (ini bagus sebab kos sara hidup meningkat), naikkan mutu perkhidmatan dan juga kenaikkan kos semasa. Tidak dinafikan terduduk mendapat harga baharu itu. Bayi RM 450.00 seorang, dari umur 2 bulan hingga umur 2 tahun. Itu kalau seorang. Fikir balik rasa bayaran terutamanya bayaran untuk kanak-kanak yang transit contoh, pagi sekolah rendah, singgah taska sekejap untuk makan tengah hari dan mandi kemudian pergi ke sekolah agama, memang tak munasabah lebih daripada RM 200.00. Mujur memang mujur, pengusaha taska boleh bertolak ansur dari segi bayaran. Masih mahal tetapi lebih baik daripada langsung tiada pengurangan. Memang ada peruntukkan tetapi bukan untuk semua ibubapa. Bayaran untuk tadika pun harganya berbeza. Ada pendidikan tambahan. Takkan kita sebagai ibubapa hendak menafikan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Taska dan tadika, kami tiada pilihan yang lain, ini yang terbaik jadi teruskan. Semoga anak-anak terus mendapat manafaat.

Ramai yang bersungut mengapa nasi lemak atau pisang goreng naik harga sedangkan goreng pisang bukannya pakai minyak petrol pun. Oh yeah! Betul memang bukan pakai minyak petrol atau disel tetapi kos untuk menghasilkan pisang goreng itu diambil kira. Harga nasi lemak ini RM 3.50. Naik 50 sen berbanding tahun 2013. Oh ya, air batu pun naik harga. Ini petua daripada seorang kawan katanya, jangan minum minuman berais nanti perut jadi buncit. Aha, kiranya ini peluang baik untuk tidak minum minuman berais, harganya pun sudah naik sekarang.


Memang ramai menjangkakan harga barang akan naik selepas PRU13 berakhir sebagaimana kelaziman tetapi rasanya inilah kenaikkan terbesar dalam sejarah. Ops! Bagi sesiapa yang perasan mungkin perasan, sesiapa yang tidak perasan mungkin tidak akan perasan. Harga ikan sardin dalam tin ikut naik, harga susu formula anak-anak juga naik. Meraikkan kedatangan tahun baharu 2014 adalah ura-ura kenaikkan harga stationery. Yeeehaaa!

Memang betul kuasa beli terletak pada pengguna tapi kalau kenaikan barang itu adalah barang keperluan, hendak tidak terpaksa juga dibeli. Takkan harga alat tulis naik, pensil, pemadam untuk kegunaan sekolah anak jangan beli. Tak kena langsung. Ada alternatif ke? Sinikal. Maaf kalau menyinggung perasaan sesiapapun jua dalam hal ini tetapi ini memang luahan hati saya, yang terkesan. Sangat.

Tidak semua yang baharu ini menggembirakan. Tahun baru, azam baru apa? Berjimatkah? Hahaha walau apapun terjadi, hidup perlu diteruskan. Semoga hari-hari mendatang akan penuh dengan rahmat dan redaNya. Kita cuma mampu merancang bukan?!

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...