Skip to main content

Saya Bantah!

Lepas satu, satu. Lagaknya macam penyelamat tetapi sebenarnya semua orang tahu, inilah dia si musang berbulu ayam. Campur tangannya tidak menjanjikan kebaikkan. Semua dilakukan demi kepentingan peribadi. Lihat sahaja Iraq, Libya, Mesir dan lain-lain negara yang pernah Amerika libatkan diri, semuanya tidak aman. Tidak kembali tenteram. Sebaliknya lebih tertekan. Tidak ada titik nokhtah pada peperangan yang dimulakan. Nasib Syria akan menjadi seperti Iraq. Titik!

Sebaliknya isu ini dimainkan adalah untuk menutup serangan yang dilakukan oleh Israel terhadap Lubnan. Ruang udara Lubnan kini dicerobohi sesuka hati. Syria dikatakan menggunakan bahan kimia terlarang. Benarkah? Sekiranya benar sekalipun, ada rakyat Amerika yang berdemonstrasi menyelar, bahan kimia itu adalah dari Amerika sendiri. Hmmm... strategi baling batu sembunyi tangan yang biasa dilakukan oleh Amerika. Rakyat Amerika sendiri menentang rancangan busuk Presiden Obama itu. Siapa yang bangga sangat dengan presiden yang nama tengahnya Hussien ini? Konon lebih 'lembut' kepada orang Islam dan kulit hitam. Sama sahaja seperti presiden Amerika lainnya.

Memang beremosi memikirkan nasib saudara-saudara kita yang tidak berdosa. Tidak hanya di Syria atau Mesir tetapi seluruh pelusuk dunia. Orang muslim selalu ditindas, didera, dibunuh, diperlakukan sekejamnya. Peperangan akan memusnahkan, tidak hanya jiwa tetapi harta benda dan tinggalan warisan sejarah milik umat Islam. Semua hendak dihapuskan. Hendak dilenyapkan tetapi mereka tidak akan berjaya. Tidak sama sekali! Saya bantah. Bantah sekerasnya campur tangan atau perang Amerika dan sekutu-sekutunya ke atas Syria.

Marilah saudara-saudaraku umat Islam sekalian. Mari kita doakan penyatuan dan keamanan umat Islam sejagat. Ya Allah, hentikanlah pertumpahan darah ini sesama Islam ini. Ya Allah, bantulah saudara-saudaraku umat Islam sekalian. Amin.

Kredit gambar: http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Crocodile_tears_for_Syria.png

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...