Semalam saya ke FHM 2013 atau The 12th Malaysian International Exhibition of Food, Drinks, Hotel, Restaurant & Foodservice Equipment, Supplies, Services & Related Technology . Fuhhh Panjangnya nama. Sebenarnya sejak 3 tahun kebelakang, saya memang pergi ke pameran sebegini. Ada banyak perkara yang menarik minat saya tetapi tidak banyak gambar yang dapat saya ambil. Ada beberapa rekaan yang nampak mudah tetapi cantik untuk dicuba di rumah. Sementelah hari ini si kecil genap setahun, alhamdulillah. Cadangnya saya hendak buat sendiri kek. Coklat juga. Macaroon yang sangat sedap pernah saya rasa. Sangat lembut dan cair di dalam mulut tetapi tidak begitu manis. Pameran kek pengantin. Teruja. Siapa hendak kahwin, mari ambil idea. Kek cawan comel. Banana... banana... banana Coklat, kek, macaroon, biskut... Pencuci mulut yang cantik-cantik. Ada dari dalam dan luar negara. Lagi coklat. Syarikat Malaysia tetapi coklat import dari negara lain. Kenapa? Peng...