Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Terima Kasih

Segala puji kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam, pujian yang menyamai nikmat-nikmatNya dan menandingi keutamaanNya. Menurut riwayat Al-Bukhari bahawa setelah Saiyidina Umar r.a ditikam, beliau menyuruh Abdullah pergi kepada Siti Aisyah supaya mengizinkan Umar Al-Khattab dikuburkan di samping Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar As-Siddiq. Seketika Abdullah balik dan menerangkan bahawa permintaan Umar dibenarkan Aisyah, Saiyidina Umar segera mengucapkan tahmid ini. (Al Adzkar : 170). Syukur Alhamdulillah atas limpah rahmat dan kurniaanNya. Jujurnya saya tidak pernah terfikir untuk anugerah ini. Ini adalah sesuatu yang tidak dijangkakan sama sekali. Terima kasih Emak Ayah. Ini adalah berkat doa restu Emak Ayah. Terima kasih Abang kerana mengizinkan saya mencari rezeki. Terima kasih anak-anak permata hatiku. Tentulah ini rezeki anak-anak, saya cuma menumpang. Bahkan anak-anak terpaksa berjauhan selama saya mencari rezeki. Setiap kali saya bercuti dan mereka tidak perlu ...

Salji di Urumqi, Xinjiang

Lama benar blog ini dibiarkan. Ada macam-macam cerita sebenarnya hendak dikongsikan tetapi terpaksa diperam. Sibuk, sibuk, sibuk. Walaupun cuti sekolah. Sungguhpun dua beradik itu ada di kampung tetapi emaknya tetap sibuk. Adik kembali selesema dan batuk setelah beberapa bulan kami  dapat menarik nafas lega melihatnya pulih. Semalam baru kami bawa Adik kembali berjumpa Dr Nadir Khan di Klinik Wangsa . Saya berkira-kira hendak ambil cuti sahaja hari ini, sekiranya tidak diizinkan pulang awal semalam. Namun Alhamdulillah, bos beri saya kebenaran pulang awal untuk bawa Adik ke klinik. Malah saya dibenarkan balik lebih awal daripada masa yang saya pohon. Cuma saya tidak mahu mengambil kesempatan berlebihan. Saya tukarkan waktu makan saya dari pukul 12:00 tengah hari ke pukul 1:00 petang. Jadi saya boleh ikut saranan bos untuk balik pada waktu makan tengah hari. Terima kasih banyak-banyak, bos. Anda bawa anak-anak ke mana cuti sekolah kali ini? Kami bawa anak-anak dan keluarga s...