Skip to main content

Taman Burung Kuala Lumpur

Apa yang anda lakukan pada cuti hari Wilayah Persekutuan lepas? Kami sekeluarga ke Taman Burung Kuala Lumpur. Sempena sambutan hari Wilayah 2013, harga tiket masuk ke Taman Burung hanya RM 1.00 bagi pemegang MyKad. Kadar bayaran biasa adalah RM 25.00 bagi pemegang MyKad. Kanak-kanak dari umur 3 hingga 12 tahun pula, harga tiket adalah RM12.00. Memang ramai pengunjung. Mujur kami dapat parkir berdekatan. Oleh sebab hari Wilayah pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat, kami ke sana sebelah petang. Lagipun beberapa hari ini, cuaca panas terik. Seperti biasa, pengunjung tidak dibenarkan membawa bekalan makanan dan minuman dari luar. Minuman itulah masalahnya. Keadaan cuaca yang panas, hendak tak hendak kena juga membeli. Harganya hmmm, hmmm.  


Pengunjung bebas bergambar dan memberi makan pada burung-burung. Mula-mula anak-anak takut kerana burung-burung berkeliaran di sana sini. Lama kelamaan mereka mula memberanikan diri. Oleh kerana kami agak lewat, kami terlepas pertunjukkan burung.





Kami singgah makan di Hornbill Restaurant and Cafe. Restoran sedang dihias cantik. Ada yang menempah untuk sambutan hari lahir. Masih lagi dapat bermesra dengan burung-burung yang singgah dan hinggap di restoran. Adik Fitri pun seronok sampai melonjak-lonjak.


Tetapi yang paling seronok melihat keletah Adik Fitri apabila melihat gelagat sekumpulan beruk di luar Taman Burung. Boleh pergi zoo macam ni. Kami tengok dari dalam kereta sahaja. Memang ramai yang berani dekat dan memberi makan kepada beruk ini. Saya tidak. Anak-anak pun saya tak benarkan keluar. Cukuplah pengalaman dihambat beruk liar yang berkampung di Zoo Taiping. Tambahan pula dalam kumpulan beruk ini, ada yang punya anak kecil. Tentu ibunya garang. Anak-anak saya pula akan buat aksi takut-takut berani, nanti lain pula yang jadi. Suka jadi duka. Ketawa berganti dengan air mata.  


Lewat petang, kami singgah sekejap di taman permainan di Taman Tasik Perdana sebelum pulang. Oh ada banyak lagi tawaran menarik sempena sambutan hari Wilayah Persekutuan 2013. Jangan lepaskan peluang!


Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...